Mat Daik tinggal di Tumpat, Kelantan. Dia ada seekor beruk 
peliharaan yang pandai memanjat pokok kelapa. Pendapatan sampingan Mat Daik 
ialah menggunakan beruk peliharaannya itu untuk mengambil upah memetik kelapa 
dari masyarakat sekitar Tumpat.


Tetapi malang sungguh nasib Mat Daik apabila suatu hari beruk peliharaannya 
telah mati akibat suatu kejadian yang sungguh menyayat hati (sehingga tidak 
mampu di taip dengan sebarang perkataan pun...fuh!).


Akibat tragedi tersebut, Mat Daik selalu murung dan bersedih. Kesedihan Mat 
Daik turut dirasai oleh orang kampungnya dan juga mereka yang pernah mendapat 
khidmat daripada beruk Mat Daik.


Untuk menghilangkan kesedihannya, Mat Daik telah pergi ke rumah sahabatnyayang 
bernama Rani. Rani tinggal di Marang, Terengganu. Rani sebenarnya adalah teman 
seperguruan Mat Daik semasa mereka menuntut ilmu pemeliharaan

beruk suatu ketika dahulu. Kedatangan Mat Daik disambut gembira oleh Ranidan 
pemergiannya ke kampung Rani lebih-lebih menggembirakan Mat Daik. Ini adalah 
kerana Rani mempunyai seekor beruk yang saling tak tumpah dengan

beruknya dahulu. Rani memanggil beruknya sebagai Bob. Kesedihan Mat Daik 
sedikit terubat apabila dia berada bersama-sama dengan Bob. Tetapi yang lebih 
menjadikan Mat Daik teruja ialah kerana kecekapan dan kehebatan Bob

dalam mematuhi semua arahan daripada Rani. Bob akan memanjat pokok kelapa 
dengan tangkasnya apabila disuruh dan akan memetik kelapa yang tua atau kelapa 
muda hanya dengan arahan daripada Rani.


Setelah hampir 1 minggu di Marang, Mat Daik ingin pulang ke Tumpat. Tetapi dia 
mempunyai satu harapan iaitu ingin membawa Bob bersama-samanya. Dia tidak 
tergamak untuk menyuarakan keinginan itu kerana mengenangkan persahabatannya 
dengan Rani. Bagi diri Rani, dia memahami suara hati sahabatnya itu, lalu dia 
membenarkan Mat Daik untuk membawa pulang Bob

bersamanya selama sebulan. Mat Daik sangat gembira dan terus memeluk Rani dan 
berjanji akan menjaga Bob sebaik mungkin. Rani kemudiannya mengajar Mat Daik 
arahan-arahan yang perlu diberi kepada Bob untuk memetik kelapa nanti.


Orang kampung Mat Daik sangat gembira apabila melihat dia sudah pulang dengan 
wajah yang ceria dan bersamanya seekor beruk yang seiras dengan beruknya dahulu.


Mat Daik menceritakan segala yang telah berlaku sewaktu di Marang dan 
berulangkali memberitahu akan kehebatan Bob. Dengan tidak berlengah dia terus 
membawa Bob dan orang kampungnya pergi ke kebun kelapa Pak Majid. Di situ juga 
dia berkata kepada Bob, " Panjat Bob...panjat" . Sebaik menerimaarahan 
tersebut, Bob yang dari tadi asyik menggigit batang tebu terus mencampakkan 
tebu itu dan mulalah memanjat pokok kelapa itu. Orang kampung mulalah bersorak 
gembira melihat kehebatan Bob memanjat pokok itu yang begitu pantas sekali. Mat 
Daik tersenyum girang mendengar sorakan orang

kampungnya. " Ha..ambik hok tuo..hok tuo..jange hok mudo!"(Ha ..ambil yang 
tua..yang tua..jangan yang muda) Mat Daik memberikan arahan seterusnya.Akanteta 
pi ...si Bob tidak bergerak. Dia hanya memandang ke bawah terkebil-kebil. " 
Bob...kawe kato ambik nyor tuo tu...ha...tu hok tuo depe demo tulah."( Bob.. 
saya kata ambil kelapa tua tu...ha..tu yang tua kat

depan kau tulah) sambung Mat Daik lagi. Bob masih tidak berganjak dan terus 
terkebil-kebil memandang ke arah Mat Daik dan orang kampungnya.


Bila melihat Bob yang tidak berganjak itu, Mat Daik merasa hairan lalu terfikir 
mungkin Bob keletihan kerana perjalanan yang jauh. Dia berkata " 
Ha..turun..turun ." Bob terus turun bila mendapat arahan itu.


Pada keesokan harinya. Mat Daik membawa Bob memanjat pokok kelapa di depan 
rumahnya. Perkara yang sama telah berlaku . Bob hanya menerima arahan 'panjat' 
dan 'turun' sahaja. Mat Daik merasa hairan dengan kejadian ini.Segala kehebatan 
Bob yang diwar-warkannya kepada orang kampung tidak dapat dibuktikan. Mat Daik 
mula merasa malu dengan orang kampungnya. Kejadian ini berlarutan selama 6 hari 
dan masuk hari ke 7, Mat Daik telah menelefon Rani dan menceritakan segala apa 
yang telah berlaku. Rani berjanji akan pergi ke Tumpat pada keesokan harinya.


Malam itu Mat Daik tidak dapat melelapkan matanya. Bermacam-macam kemungkinan 
bermain di benaknya. Mungkinkah Bob sakit? Atau mungkinkah Bob rindukan Rani? 
Pelbagai kemungkinan dibayangkannya sehinggalah ke waktu Subuh.


Lebih kurang pukul 12 tengahari kelibat Rani pun kelihatan dan Mat Daik 
menyambut Rani dengan penuh kegusaran pada wajahnya. Berulang-ulang kali lagi 
dia meminta maaf daripada Rani atas segala kesulitan tersebut. Rani dibawa ke 
kebun kelapa Pak Majid. Rani meminta Mat Daik tunjukkan bagaimanaarahan yang 
diberikannya kepada Bob supaya mengambil kelapa tua. " Ha...panjat Bob..gi 
ambik nyor tuo tigo butir."(Ha ..panjat Bob.. pergi ambil/petik kelapa tua tiga 
biji) Bob pun mulalah memanjat pokok itu tetapiseperti 6 hari yang lalu dia 
hanya memanjat dan kemudian terkebil-kebil memandang Mat Daik di bawah. Rani 
pun tersenyum kerana dia mula dapatmengagak akan masalah yang sebenarnya. Rani 
meminta Mat Daik menyuruh Bobmemetik kelapa muda pula. " Bob..demo ambik nyor 
mudolah pulok..ha ..nyor mudo..mudo." (Bob..kau petik kelapa mudalah 
pulak..ha... kelapa muda..muda) Bob hanya terkebil-terkebil sahaja.


Rani pun segera mengeluarkan arahannya "Bob..ambik hok MUDER...HA.. MUDER.." 
(Bob petik yang muda..ha...muda) mendengar sahaja arahan itu terus Bob memetik 
kelapa muda beberapa biji. " HA..HOK TUER..TUER.. "(Ha..yangtua..tua) Rani 
memberi arahan selanjutnya. Bob terus memetik beberapa biji kelapa tua 
sebagaimana yang diarahkan. Mat Daik pun menggaru kepalanya akan insiden ini 
sambil Rani ketawa terbahak-bahak kerana baginya ia amatlah menggelikan 
hatinya. Rupa-rupanya Bob adalah seekor beruk dari Marang,Terengganu yang tak 
faham akan loghat Tumpat, Kelate dari Mat

Daik....kah. .kah..kah! !!



Moral: Jangan pelihara kucing Parsi kalau tak tahu cakap Parsi. Binatang pun 
faham loghat tempat asal dia aje.


-SUE-



















      
____________________________________________________________________________________
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!   
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 

Kirim email ke