Bacer sampai habesh...mmg
real...
Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku
ialah guru.
Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang
cerdik. Dalam usia
18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke luar
negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku
mengambil jurusan
Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih
bertutur dalam
bahasa Jepun.
Selepas bertungkus- lumus hampir 5
tahun akhirnya aku berjaya mendapat
segulung Ijazah. Aku tidak terus balik
ke tanah air..sebaliknya aku
mengambil keputusan untuk terus menetap disini
dan bekerja untuk
mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun
aku bekerja
sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.
Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja
disini. 3
tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak
pengurusan
dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan
seterusnya
menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.
Hampir 6
tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke
Malaysia .
Mereka telah
melakukan pelaburan di
Malaysia dan telah membuka sebuah
Firma baru
disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan
firma mereka
disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah
Urusan.
Aku
bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di
pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai
dari Allah
SWT.
Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma
yang aku
kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan
kedua
bursa saham Kuala
Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi
kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama
ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di
firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3
buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.
Dalam usia 46 tahun
sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!
Kebahagian
keluarga.... .
Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai
seorang ayah
kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.
Anak-anak aku
tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna
merah...
bertindik
di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama
lagi.
Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku
terlalu
sibuk di pejabat. Meeting
sana
sini. Lunch pun nak meeting....main golf
pun bincang pasal
kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada
masa untuk bersolat!!
Setiap pagi aku kena periksa segala laporan-laporan eksekutif
aku...sebelah petang kena
buat report pada Board of Directors.
Sembahyang 5 waktu aku tunggang
terbalik.... kekadang buat
...kekadang terlupa... astaqfirullah !!!! Setiap hari ada temujanji
bersama
client aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku
kosong...kadang kala jiwa
aku tertekan!!!
Bila aku pulang ke rumah
lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku
memohon doa kepada Allah
semoga diberikan
ketenangan jiwa. Semoga
keluarga ku bersatu kembali.
Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku
sebagai CEO.
Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku
pulangkan kesemua
kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut.
Isteriku
menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan
jawatan
sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira
akhirnya
aku kembali kepada mereka..!!!
Aku beritahu mereka aku
ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew
Teow Goreng..!!!!
Aku
diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO
akan
lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!
Dengan sedikit
pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar
di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
memulakan perniagaan pertama aku di
sekitar Ampang...bersebelahan dengan
Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak
sulung aku.
Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari.
Berniaga dari
jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00
sehari. Hari
ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari
seterusnya
lebih kurang RM380.00. sehari.
Anggaran kasar pendapatan
aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu
gerai. Perniagaan aku
bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi
gerai di Cheras...dari 2
gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga
sekarang aku memiliki 6 gerai
makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai
tadi aku memperolehi rezeki dari
Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.
Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K
sebulan dan pendapatan dari
berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku
bersenang lenang bersama-sama
keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti
bersama.
Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'.
Anak-anak aku
memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih
mereka
berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku
cuma
memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku
sebagai Directornya.
Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh,
baru pukul 2.30.. lambat
lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla
aku berangan
lagi...Beginilah kehidupan aku
seorang kerani biasa...
Laa....hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr... ........
____________________________________________________________________________________Ready
for the edge of your seat?
Check out tonight's top picks on Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/