Penyakit resdung kulat makin bertambah

http://www.biovco.com

Oleh DR MOHAMAD HAMZAH - Penasihat Pembedahan Telinga, Hidung dan 
Tekak (ENT), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang 
pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang 
mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang 
mengeluarkan mukus atau hingus). 
Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan 
hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil 
dinamakan `ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila `ostium' 
tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang 
kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya 
resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). 
Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada 
pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem 
pertahanan badan).

Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus 
pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini 
bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung 
kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu 
kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka 
yang ada polip hidung.

Bagaimana ia terjadi?

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta 
spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). 
Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-
paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan 
fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti 
setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan 
resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika 
bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana 
proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?

Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk 
kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia 
dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh 
fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan 
prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan 
kepada dua entiti utama, iaitu:

>> Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih 
berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis 
mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam 
masa singkat.

Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit 
kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

>> Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). 
Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan?

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu 
kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau 
pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada 
kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada 
resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, 
tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit 
ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung

Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:

>> Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
>> Hidung tersumbat
>> Sakit kepala
>> Keletihan dan badan rasa kurang sihat
>> Batuk kronik

Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan 
antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), 
mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian 
imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah 
mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau 
menyerupai keju.

Pemeriksaan

Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin 
menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian 
lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat 
atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok 
putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian `magnetic 
resonance imaging' (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal 
yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat?

Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. 
Misalnya bagi jenis `invasive', rawatan segera diperlukan, termasuk 
pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat 
secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu 
dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah 
pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus 
sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada 
banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya?

Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap 
kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, 
penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit 
muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan 
terasa kurang sihat.

Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit 
boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, 
pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis `invasive', 
kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan?

Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. 
Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu 
mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan 
Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk. 

http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

TESTIMONI PENGGUNA 1:

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan keberkesanan dari produk 
BIOVCO ini terhadap diri dan keluarga saya.
 
Sebenarnya kami adik beradik mempunyai penyakit resdung yang agak 
membimbangkan. Pelbagai produk dan rawatan rapi digunakan untuk 
memulihkan penyakit ini.
 
Tetapi setelah saya diperkenalkan produk BIOVCO ini melalui emel. 
Alhamdulillah...selama saya mengamalkannya.. jerawat, kekerapan 
bersin dan kegatalan pada muka saya sudah mula berkurangan dalam 
tempoh beberapa minggu saja. 
 
Manakala adik saya pula, mukanya juga penuh dengan jerawat batu, 
malah mulutnya juga 'berbau' dengan bauan yang agak tidak 
menyenangkan apabila bercakap. Setelah saya memperkenalkan minyak 
kelapa dara BIOVCO ini kepadanya...

Alhamdulillah, jerawat batu pada mukanya sudah mula berkurangan dan 
mulutnya pun sudah tidak berbau busuk lagi! Terkejut saya, walaupun 
baru tiga kali minum minyak kelapa dara BioVCO, ianya sudah 
menunjukkan keberkesanannya... 

Mohd Khaidir Shamsudin
Jengka, Pahang.

Lain-lain testimoni : 
http://www.biovco.com/testimoni.php
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Dapatkan Produk BioVCO, Penyembuhan secara semulajadi. Tanpa Ubat, 
Tidak mengandungi dadah dan selamat.

RM30.00 sebotol (120ml) - Semenanjung
RM35.00 sebotol (120ml) - Sabah & Sarawak

** Penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju

Untuk membuat pembelian :

1. Belian online : http://www.biovco.com/beli.php
2. Email ke : [EMAIL PROTECTED]
3. Pesanan melalui SMS : Tulis MBB (MKD) SMS ke 013-3014262
4. Pesanan melalui telefon : 06-6780544

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Kirim email ke