*Virus punca selesema <http://www.biovco.com/>*

*SIHAT & RAWATAN TANPA UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

KALAU ada orang mendakwa tidak pernah dapat selesema, dia memang hebat.
Selesema yang disebabkan jangkitan virus pada sistem respiratori atas
(saluran pernafasan) adalah masalah paling lazim di seluruh dunia. Secara
purata orang dewasa mengalami empat kali serangan selesema setahun dan
sehingga 12 kali bagi kanak-kanak.

Di negara tropika seperti Malaysia, insiden selesema lebih tinggi kalau
musim berubah, contohnya pada musim hujan atau selepas cuti sekolah. Namun,
waktu paling ketara ialah dari November ke Januari dan Mac hingga Ogos.

Kes selesema juga meningkat pada musim jerebu (yang berlaku hampir setiap
tahun akibat kebakaran hutan di negara jiran) kerana ia melemahkan sistem
pertahanan badan dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Antara punca utama selesema ialah jangkitan rhinovirus. Namun, virus lain
seperti coronavirus dan virus human parainfluenza. Sebenarnya ada lebih 200
jenis virus yang dikenal pasti boleh menyebabkan selesema dan kebanyakannya
ada di keliling kita.

Oleh kerana terlalu banyak jenis virus boleh mengakibatkan selesema dan
kemunculan jenis virus baru, badan kita tidak dapat membina pertahanan
terhadap jangkitan. Ini sebabnya selesema menjadi penyakit paling lazim dan
kerap berulang. Malah, virus ini boleh menjangkiti orang lain sebelum badan
mangsa pertama sempat membunuhnya.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan selesema berlaku dari satu individu ke
individu lain iaitu apabila individu sihat bernafas dalam persekitaran
dicemari virus selesema yang terbang ke udara melalui batuk atau bersin.

Malah, rhinovirus boleh merebak jika seseorang itu menyentuh mulut atau
hidungnya selepas menyentuh permukaan tercemar. Bersin adalah kaedah
penyebaran paling berbahaya kerana apabila bersin, kita mengeluarkan banyak
virus sekali gus.

Kumpulan virus yang terkandung dalam percikan air liur ini tidak kelihatan,
akan terapung-apung di udara dan mengambil masa lama sehingga beberapa jam
sebelum jatuh ke tanah atau lantai. Ini sebabnya kita disaran menutup mulut
dan hidung dengan tisu setiap kali bersin atau batuk.

Virus ini memasuki saluran pernafasan dan menyerang sel dalam nasofarinks
(bahagian antara hidung dan tekak). Apabila memasuki sel, virus ini
membahagi dengan cepat untuk menghasilkan lebih banyak virus baru.

Rhinovirus ada tempoh inkubasi (waktu antara jangkitan dan mula menunjukkan
gejala serangan) yang pendek iaitu antara satu hingga tiga hari. Namun,
waktu virus paling mudah berjangkit ialah sehari sebelum seseorang itu
mengalami gejala selesema dan berlanjutan selama lima hari. Ini bermakna
sebelum kita tahu seseorang itu selesema, dia sudah boleh menjangkiti orang
lain.

Virus paling mudah berjangkit dalam persekitaran yang padat dan ramai orang.
Ini sebabnya kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian sangat mudah
mendapat selesema dan mereka juga menjadi pembawa virus paling berkesan
kepada ahli keluarga lain.

Selesema jarang menyebabkan sakit kepala dan demam. Jika ia berlaku, itu
tandanya anda diserang virus influenza yang lebih berbahaya. Gejala biasanya
lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan demam.
Biasanya gejala selesema berlanjutan antara lima hingga tujuh hari, tetapi
batuk mungkin berterusan sehingga 14 hari.

*SIHAT & RAWATAN TANPA UBAT - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=yg>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke