*Rokok punca mati muda <http://www.biovco.com/>*

*Lain-lain maklumat - SILA KLIK DISINI <http://www.biovco.com/>*

Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit
kronik menjelang 2015

PENYAKIT yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak
seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia
sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan
manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik'
berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh
dunia berbanding punca kematian lain.

Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit'
(CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta
pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan
dilakukan bagi mengatasi penularannya.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk
dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis
kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed
Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60
peratus kematian di seluruh dunia.

"Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44
peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian
keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk
HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif
yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh
10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan
kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian
rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

"Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion
penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun,
malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015,"
katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut
itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah
purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau
merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

"Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah
kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian
pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan
dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek
farmaseutikal," katanya.

Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok,
justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu
mengatasi penularan penyakit berkenaan.

"Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan
yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306
penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca
daripada merokok dari 2004 hingga 2007.

"Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung,
kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira
12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun
bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti
dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok
dapat dihenti atau dikurangkan.

"Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di
negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18
tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

"Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu.
Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin
disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan
pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada
beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi
mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

"Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan
menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok
secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi
integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan
sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan
pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam
sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan
teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan
impak globalisasi terhadap kesihatan.
*Lain-lain maklumat - SILA KLIK DISINI <http://www.biovco.com/>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke