*Jerawat -  boleh merosakkan kulit muka <http://www.biovco.com/>*

*LAIN-LAIN INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/>*

JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun,
kehadirannya bagaikan mimpi ngeri kepada golongan wanita yang mementingkan
kecantikan kulit, terutamanya kulit muka.

Bagi sesetengah wanita, ton warna sekata dan kulit bersinar adalah lebih
penting daripada nilai wang ringgit. Namun, tidak kurang juga yang menjadi
mangsa kerana tersalah pilih cara untuk merawat kulit muka sehinggakan
keadaan kulit menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Perkara pertama yang perlu difahami di sini adalah mekanisme dan punca
jerawat berlaku di samping kaedah rawatan terbaik untuk mengatasinya dan
mengekalkan kesihatan kulit.

*Jerawat boleh terbentuk melalui empat mekanisme utama iaitu:*

* kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan
sebum akibat rangsangan hormon androgen.

* folikel pilosebaceous yang tersumbat memerangkap nutrien dan sebum serta
menggalakkan pertumbuhan kuman yang cepat seperti bakteria Propionibacterium
acnes.

* kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan pertumbuhan sel-sel yang cepat
mengisi ruang folikel pilosebaceous (plugepitelium folikular).

* inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman Propionibacterium acnes.

Pakar Perubatan Am & Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah
Alam, Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani menjelaskan, masalah jerawat berpunca
daripada kombinasi beberapa faktor seperti keturunan, hormon, jangkitan,
psikologi dan bahan kimia.

"Hormon testesteron boleh menyebabkan aktiviti kelenjar sebum terlalu aktif
sementara kajian menunjukkan 45 hingga 82 peratus individu yang menghadapi
masalah jerawat mempunyai ahli keluarga dengan masalah serupa.

"Selain bakteria Propionibacterium acnes yang membiak pada permukaan kulit,
bahan kimia kosmetik seperti iodide, bromit, litium dan setengah ubat juga
boleh menyebabkan jerawat," katanya.

Menurut beliau, faktor psikologi juga memainkan peranan di mana stres
kehidupan boleh merangsang pembentukan jerawat dengan lebih mudah.
Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan beberapa jenis jerawat, mengikut
berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran.

*LAIN-LAIN INFO - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke