*Tekanan darah tinggi sukar dikawal <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*SIHAT TANPA UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Pesakit boleh diserang komplikasi kardiovaskular yang membawa maut*

DI SELURUH dunia, kegagalan mengawal masalah tekanan darah tinggi kerap
menjadi punca penyakit kronik seperti kardiovaskular dan masalah ginjal.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002 menyebut, setiap tahun
5 juta kematian pra matang dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada
tekanan darah tinggi.

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi, Datuk
Dr Khoo Kah Lin, berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan
dianggarkan seorang daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas
berhadapan dengan masalah tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, katanya hanya enam daripada 100 pesakit berupaya mengawal
masalah mereka.

"Pada peringkat global, tujuh daripada 10 pesakit tekanan darah tinggi tidak
berupaya mengawal penyakit ini. Masalahnya, tanpa kawalan dan rawatan, ia
boleh menyebabkan komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung, strok
selain masalah buah pinggang," katanya.

Dr Khoo berkata, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah
tinggi adalah golongan pesakit yang paling gagal mengawal keadaan itu.

"Bacaan tekanan darah diukur dalam milimeter merkuri (mm Hg) dan memiliki
dua nombor. Nombor pada bahagian atas adalah ukuran tekanan dalam arteri
apabila jantung berdegup (systolic pressure), manakala nombor di bawah
adalah ukuran tekanan arteri di antara degupan (diastolic pressure).

"Keadaan yang didefinisikan sebagai masalah tekanan darah tinggi terjadi
apabila ia mencecah 140/90 mmHg atau lebih," katanya.

Beliau berkata, apabila tekanan darah tinggi tidak dikawal, ia akan
menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir, mengingat dan belajar.

"Masalah kognitif dan otak (dementia) adalah antara keadaan yang biasa
dialami mereka yang tidak mengawal tekanan darah tinggi dengan baik.

"Ia juga secara tidak langsung menjadi punca kes kematian dan kemerosotan
kualiti hidup disebabkan oleh serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal,"
katanya.

Beliau berkata, dalam satu kajian didapati risiko kematian disebabkan
serangan jantung secara langsung dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Lebih tinggi kadar tekanan darah anda, lebih tinggi juga risiko yang anda
hadapi.

Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang
dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini,
jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali
normal.

"Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary
hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di
kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi
tiroid," katanya.

Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui,
ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.

"Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah
seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet,
minum arak dan merokok.

"Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh
diubah iaitu umur - semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan
darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina," katanya.

Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan
ubat.

Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang
pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga
untuk mengawal tekanan darah tinggi.

"Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi
perlu mengambil dua biji pil atau lebih," katanya.

Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu
banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu
yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.

"Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai
Exforge(R) keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan
jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah
wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan," katanya.

*Info*

*Panduan sasaran tekanan darah*

140/90 mm Hg atau kurang - Jika anda orang dewasa yang sihat

130/80 mm Hg atau kurang - Jika anda pesakit ginjal kronik, diabetes atau
masalah koronari arteri atau berisiko terhadapnya.

120/80 mm Hg atau kurang - Jika jantung anda tidak mengepam seperti
sepatutnya kerana masalah jantung atau masalah ginjal sangat kronik.
*BACA TESTIMONI PENGGUNA - KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/testimoni.php?ref=yg>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke