Risiko bekerja dalam pejabat kerajaan

SHAH ALAM - Ramai daripada 1.2 juta kakitangan awam berdepan dengan masalah
keselamatan dan kesihatan apabila 70 peratus jabatan kerajaan gagal mematuhi
standard peralatan dan kemudahan yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia, Ir. Rosli Hussin berkata, ia hasil siasatan mereka terhadap 137
jabatan kerajaan.

Menurutnya, pemilihan peralatan pejabat dan teknologi canggih yang tidak
sesuai dengan psikologi dan fisiologi pekerja menyebabkan masalah keletihan
mata, lenguh sendi dan sakit belakang.

"Kualiti udara yang tidak sempurna di dalam pejabat juga antara simptom
tempat kerja tidak selamat kerana hasil pemeriksaan kami ia boleh
mempengaruhi kecekapan kerja.

"Sebenarnya hanya 30 peratus mematuhi standard keselamatan dan kesihatan
pekerjaan daripada 137 jabatan kerajaan yang diperiksa dan diaudit, manakala
selebihnya tidak patuh kepada akta ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Seminar
Pematuhan Kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Dalam Sektor
Awam di sini semalam.

Pada Ogos 2004, semua jabatan kerajaan diarah supaya mematuhi AKKP 1994
dengan melaksanakan setiap arahan, prosedur dan peruntukan undang-undang
atau didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun jika gagal.
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/resdung-5g.php>*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke