*Akibat kurang deria rasa <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Rawatan & Sihat tanpa ubat - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

SALAH satu komplikasi diabetes yang memerlukan rawatan yang mahal dan
berpanjangan adalah masalah kaki. Komplikasi kaki diabetes meningkatkan
kadar morbiditi (penyakit) dan mortaliti (kematian). Maka penjagaan kaki
amat penting bagi pesakit diabetes untuk mengesan dan mencegah komplikasi
yang lebih serius daripada berlaku.

*Komplikasi kaki **Glukos atau gula yang tinggi dalam darah akan
mengakibatkan kerosakan pada saraf dan salur darah pada kaki, seterusnya
menyebabkan kurang deria rasa atau sensasi.

*Kecederaan atau luka yang kecil akan merebak menjadi besar dan tidak
terkawal, jika terdapat jangkitan kuman.

*Komplikasi akan menjadi lebih teruk sekiranya pesakit menghidap diabetes
lebih daripada 10 tahun, mengalami kurang deria rasa, bentuk kaki yang tidak
normal, merokok dan sering terdedah kepada kecederaan.

*Pesakit diabetes perlu menjaga kaki dengan lebih teliti dan cermat kerana
salur darah yang tidak normal, kurang deria rasa dan kadar penyembuhan yang
lambat akan mengakibatkan paras gula yang tinggi.

*Penjagaan kaki yang tidak sempurna akan menyebabkan luka yang berlarutan,
bisul, dan gangren.

*Kenapa perlu bimbang? *Akibat kurang deria rasa, kebanyakan pesakit
diabetes akan menghadapi masalah kecederaan pada kulit di kaki tanpa
disedari, mendapat luka yang sukar sembuh dan akhirnya terpaksa dipotong.

*Bagaimana menjaga kaki? *Pemeriksaan dan penjagaan kaki yang berterusan
dapat mencegah masalah pada bahagian kaki. Di samping itu pemeriksaan tahap
gula dalam darah, senaman, kawalan pemakanan dan pengambilan ubatan secara
teratur juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

*Langkah-langkah **Periksa kaki anda setiap hari terutamanya selepas mandi.

*Lapor segera kepada doktor sekiranya terdapat tanda- tanda seperti rekahan
pada kulit, luka, calar, melepuh, kudis, bisul, bengkak, perubahan warna,
sakit atau kebas yang berpanjangan.

*Cuci kaki anda setiap hari dengan sabun dan air suam.

*Jangan guna air panas.

*Lap dan keringkan kaki terutamanya di celah-celah jari. Guna tuala yang
lembut untuk lap dan jangan gosok.

*Pastikan kulit sentiasa lembab dengan menggunakan krim atau losyen
terutamanya pada bahagian tumit. Elak sapu losyen di celah-celah jari

*Jika kulit kaki tercedera atau luka, bersihkan dengan sabun dan air. Jika
luka lambat sembuh dan ada tanda-tanda jangkitan kuman seperti bengkak,
sakit, panas pada sentuhan, sila jumpa doktor dengan segera.

*Potong kuku anda secara lurus pada jari kaki, elak potong secara membulat
untuk mengelakkan isi tumbuh di tepi kuku. Lapor kepada doktor anda jika
kuku terlalu tebal dan keras untuk dipotong. Pastikan pengetip kuku bersih
dan tajam.

*Kikirkan kuku untuk mengelakkan tepi kuku yang tajam.

*Jika kaki anda berpeluh dan lembap, pastikan ia kering sebelum memakai
sarung kaki dan kasut.

*Pakai pelapik kasut *(insole) *untuk mengelakkan tekanan pada jari kaki
atau tumit anda.

*Dapatkan pemeriksaan doktor setiap kali anda ke hospital atau jika terdapat
keabnormalan atau kelainan pada bahagian kaki anda.

*RAWATAN & SIHAT TANPA UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke