*Makanan cegah penyakit? <http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=10>*
MAKAN tomato untuk membantu mencegah kanser, bawang putih bagi mencegah AIDS atau minum jus buah-buahan untuk mengelak daripada Alzheimer? Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini. Meskipun terdapat banyak kajian dan penyelidikan dijalankan, kesan makanan terhadap penyakit membunuh masih perlu dibuktikan. Saintis bersetuju bahawa keseimbangan kualiti diet merupakan kunci kesihatan yang baik. Malah, kebanyak negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggesa rakyatnya untuk mengamalkan pemakanan harian daripada lima hidangan buah-buahan dan tiga hidangan untuk setiap produk tenusu serta kanji dan mengurangkan makanan berlemak, manis dan beralkohol. Dalam mengawal pemakanan, pakar mengatakan ia dapat membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan kadar kolesterol yang tinggi di mana ia menyumbang kepada penyakit kardiovaskular atau osteoporosis. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=10> * [Non-text portions of this message have been removed]