*Minyak Kelapa Dara Penawar Resdung <http://www.biovco.com/>*
Resdung agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Namun penyakit ini sering dipandang remeh oleh masyarakat tempatan yang selalunya membiarkan penyakit itu bersarang untuk bertahun lamanya. Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak. Resdung berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di sekitar bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus. Bagi Ishak Basiran, 39 yang menderita menghidap resdung selama 20 tahun sejak mengalami komplikasi penyakit itu ketika berada di tingkatan lima pada tahun 1986, beliau pernah merasai hampir semua kesan penyakit tersebut. "Bayangkan kesukaran yang saya alami apabila hingus meleleh tanpa henti semasa pergi ke kuliah ketika berada di universiti. Sebelah tangan terpaksa memegang tisu atau sapu tangan untuk mengelap hingus ketika menduduki peperiksaan," kata bekas jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea itu yang kini bergelar usahawan. Pada masa itu, Ishak selalu bersin pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan semasa terkena kipas angin. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi gatal dan berair serta sakit kepala. Pada masa yang sama beliau juga berasa malu akibat nafas yang berbau. Akibat tidak tahan dengan penyakit itu, Ishak tekad pergi berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga (ENT) di hospital swasta di Jalan Pelabuhan Klang, Selangor yang menyarankan agar beliau menjalani pembedahan. Namun nasihat itu terpaksa ditolak kerana beliau belum bersedia. Selepas itu, sekitar pertengahan tahun 1999, seorang rakannya mencadangkan agar beliau mengambil suntikan diprospan di sebuah klinik swasta di Sabak Bernam. Rakannya itu juga menghidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung. Kesan sampingan Memikirkan suntikan sebagai alternatif terbaik berbanding pembedahan pada masa itu, Ishak terus mengambil suntikan diprospan dari tahun 1999 sehingga 2005. Untuk tempoh berkenaan, Ishak dapat mengurangkan komplikasi akibat resdung namun berdepan dengan kesan sampingan suntikan tersebut. "Setelah bertahun lamanya mengambil suntikan itu, pada suatu hari seorang doktor pelatih menasihati saya mencari ubat alternatif lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan buah pinggang dan pankreas," kata bapa kepada dua putera dan seorang puteri ini. Selain itu, kata Ishak, doktor pelatih tersebut memberitahunya jika suntikan itu diambil secara berterusan selama bertahun-tahun, ia boleh mendatangkan risiko menghidap darah tinggi dan kencing manis kerana diprospan ialah dadah steariods yang dihasilkan secara sintetik bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit atau antibodi. Dalam kebingungan itu, Ishak terus teringat beliau pernah disahkan menghidap penyakit darah tinggi pada tahun 2003 sehingga doktor mewajibkan beliau memakan ubat atnolol 50 gram sehari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Ishak terpaksa percaya tekanan darah tinggi yang menimpa beliau itu besar kemungkinan ada hubung kait secara langsung dengan suntikan diprospan itu kerana ibu bapanya tidak pernah menghidap darah tinggi atau kencing manis sebelum ini. Sekitar awal tahun 2005, Ishak berdepan satu lagi masalah apabila mengalami masalah keguguran rambut yang boleh menyebabkannya menjadi botak jika tidak dirawati. Allah Taala Maha Kaya. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam, Selangor, Ishak ditemukan dengan seorang kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak tetapi pada ketika itu sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. "Beliau mengesyorkan agar saya menggunakan minyak kelapa yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri dan setelah tiga bulan mencuba, masalah rambut gugur semakin berkurangan," tambahnya. Ishak yang teruja dengan keputusan penggunaan minyak kelapa itu terus membuat kajian demi kajian secara persendirian dan mendapati bahawa minyak yang dipakai itu ialah minyak kelapa dara yang membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Minyak itu juga, jika disapukan pada kulit boleh membunuh berbagai-bagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa selain membuatkan kulit menjadi lebih halus dan segar. Tidak menoleh belakang lagi, sejak bulan Oktober 2005, Ishak meminum minyak tersebut secara harian iaitu dua sudu teh selepas sarapan pagi dan dua sudu teh lagi selepas minum petang. *Maklumat Lanjut - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/>* [Non-text portions of this message have been removed]