*Doktor seludup ubat <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

KUALA LUMPUR: Sama tapi tak serupa apabila segelintir doktor klinik swasta
didapati giat menjalankan aktiviti penyeludupan pelbagai ubat-ubatan haram
dengan meniru taktik sindiket dadah antarabangsa yang gemar membungkus dadah
menggunakan kertas surat khabar sebelum disorokkan di dalam bagasi.

Difahamkan tindakan menyalahi undang-undang yang dipraktikkan segelintir
doktor swasta ini dilakukan semata-mata untuk mengejar keuntungan berlipat
kali ganda hasil daripada penjualan ubat murah berkenaan di klinik
masing-masing.

Siasatan mendapati, terdapat segelintir doktor ini sanggup berulang-alik ke
luar negara terutama ke India untuk mendapatkan bekalan ubat tidak berdaftar
ini, yang mampu dibeli jauh lebih murah dari harga ditawarkan di dalam
negara.

Tindakan saudagar ubat haram ini bagaimanapun dikesan selepas Bahagian
Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat
berhubung aktiviti beberapa pemilik klinik swasta ini yang kerap melakukan
penyeludupan terutama melalui pintu masuk lapangan terbang utama.

Susulan daripada maklumat risikan diperoleh, pegawai penguat kuasa farmasi
kini mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa
klinik yang disyaki memberikan ubat seludup kepada pesakit.

Hasil daripada maklumat diperoleh, sepasukan lima pegawai penguat kuasa
Farmasi KKM bertindak menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah klinik swasta
yang dimiliki sepasang suami isteri warga tempatan di Kuchai Lama di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 9 pagi semalam, pegawai penguat kuasa Farmasi
menyoal siasat pasangan doktor terbabit berusia sekitar 40-an yang disyaki
menjual ubat tidak berdaftar kepada pesakitnya.

Menurutnya, hasil daripada pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa
Farmasi akhirnya berjaya menemui ribuan keping pil pelbagai ubat tidak
berdaftar yang disembunyikan di dalam beberapa almari di bilik menyimpan
ubat-ubatan.

"Ada antara ubat seludup terbabit turut ditemui masih berbungkus rapi dengan
surat khabar dipercayai baru dibawa masuk ke negara ini.

"Siasatan turut mendapati kebanyakan pil yang diseludup itu membabitkan pil
sakit sendi, steroid, antibiotik dan pelbagai jenis ubat-ubatan lain yang
tidak berdaftar dan diragui kandungannya," katanya.

Dianggarkan puluhan ribu biji pil ubat seludup terbabit mencecah lebih
RM10,000 mengikut nilai pasaran dan disyaki turut dijual kepada pengusaha
klinik lain.

Berdasar maklumat diperolehi, doktor berkenaan sanggup mendapatkan bekalan
ubat seludup di luar negara berikutan ia lebih murah berbanding ubat-ubatan
yang disahkan pengedarannya oleh KKM.

"Jika mereka membeli ubat dari syarikat berdaftar pada harga RM10 sebiji
ubat seludup berkenaan boleh dibeli di luar negara pada harga RM1 sebiji"
katanya.

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke