*PENYAKIT TULANG DALAM GENETIK <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*
PENGKAJI telah mengenal pasti dua mutasi genetik yang meningkatkan risiko osteoporosis dan kecederaan tulang yang berkaitan. Penemuan yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Lancet ini diperhatikan dalam kalangan 20 peratus daripada individu yang diuji. Pengkaji di Kolej King, London, Tim Spector dan Brent Richards, melaporkan mereka dapat mengenal pasti kaitan antara penurunan ketumpatan mineral tulang dan perubahan kromosom dalam 2,094 gen kembar perempuan. Pada kromosom 11, perubahan itu dikaitkan dengan 30 peratus peningkatan risiko mengalami osteoporosis dan kecederaan yang berkaitan. Bagi kromosom 8, mutasi yang berlaku meningkatkan risiko itu sehingga 20 peratus. Untuk mereka yang mengalami kedua-dua perubahan, risiko mereka melonjak sehingga 30 peratus. Kedua-dua gen ini adalah sasaran penting untuk perawatan dan ubat untuk merawatnya kini sedang dibangunkan. *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> * [Non-text portions of this message have been removed]