*Tiada denda penumpang keempat
kenderaan<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat mendenda penumpang keempat di tempat
duduk belakang kenderaan persendirian yang gagal mematuhi arahan memakai
tali pinggang keledar, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya
(JKJR), Datuk Suret Singh.

Katanya timbul kekeliruan di kalangan orang awam terhadap laporan tindakan
saman terhadap penumpang yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang
keledar tempat duduk belakang.

"Tindakan berkenaan tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini dan tidak akan
dikuatkuasakan kerana ia hanya akan membebankan rakyat," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Kempen Advokasi di Lebuh Raya Bertingkat
Ampang-Kuala Lumpur, di sini, hari ini.Suret berkata kajian Institut Kajian
Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati hanya terdapat antara lima ke
sembilan peratus sahaja pemandu kenderaan di seluruh negara membawa
penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang.
Katanya, pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang
kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 1 Januari depan.

Tiga syarikat pengeluar jenama Proton, Honda dan Perodua akan memberikan
perkhidmatan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma bagi
kenderaan jenama masing-masing, kata Suret.

Pengecualian pemakaian tali pinggang belakang hanya diberikan kepada
kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.

Pemilik kenderaan boleh mendapat maklumat lanjut pemasangan tali pinggang
keledar dengan menghubungi pengedar kenderaan masing-masing. — Bernama

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*


[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Egroups kendalian http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Sumbangan bahan-bahan bacaan diperlukan.
Terima kasih.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke