*Riba punca krisis kewangan* <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>

PADANG ARAFAH - Seorang ulama Arab Saudi semalam memberitahu jemaah-jemaah
haji dalam khutbahnya bahawa krisis kewangan global berlaku kerana manusia
mengabaikan arahan Tuhan dengan melakukan riba yang diharamkan oleh ajaran
Islam.

"Hari ini kita menyaksikan krisis kewangan ini berlaku dan sebahagian
syarikat serta bank bankrap," kata ulama itu, Abdul Aziz al-Sheikh di Masjid
Namera.

""Ini merupakan kesan akibat mengabaikan peraturan Tuhan.

"Umat Islam perlu mematuhi peraturan Tuhan dan membentuk ekonomi berdasarkan
ajarannya," katanya.

Beliau juga meminta umat Islam di seluruh dunia bersatu bagi menghadapi
keganasan dan mengekalkan kestabilan.

"Dunia perlu menjadikan keganasan sebagai jenayah.

"Kita perlu berwaspada dengan keganasan dan memerangi kumpulan bersifat
permusuhan yang memusnahkan negara dan orang ramai," jelasnya.

Bank-bank yang beroperasi menggunakan peraturan Syariah Islam mengelak
mengenakan kadar faedah terhadap peminjam.

Kadar faedah itu dianggap sebagai riba oleh umat Islam. - AFP

  *Baca lain-lain Artikel : KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>


 <http://www.biovco.com/>
*KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/>*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke