*Adillah Kepada Semua Rakyat <http://www.biovco.com/paras-glukosa.php>*

Oleh : Mohd Sayuti Omar (MSO)

KITA semua bersimpati dengan nasib yang dialami oleh tuan punya 14 buah
banglow di Bukit Antarabangsa yang istana mereka ranap dan musnah ditimpa
tanah runtuh awal pagi Sabtu lalu. Kita juga dukacita atas kehilangan nyawa
ekoran kejadian itu.

Tentulah mereka semua perlu diberikan bantuan sewajarnya dan beban mereka
diringankan. Sebagai manusia dan rakyat negara ini kita perlu menzahirkan
rasa simpati kepada mereka semua. Dalam pada itu mengambil iktibar atas apa
yang berlaku dan berdoa kepada Allah agar ia tidak berulang ke atas sesiapa
juga.

Tetapi cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Muhyiddin Yassin semasa melawat ke tempat kejadian supaya keluarga
malang itu diberikan perlindungan di hotel atau ditempat yang lebih selesa
rasanya kurang wajar dan agak mengada-ada sikit.

Bagi mereka dalam suasana begitu, mangsa tidak memerlukan tempat tinggal
selesa atau begitu mewah, tetapi cukup sekadar boleh memberi pelindungan
nyawa saja.

Saya agak hairan dengan cadangan Muhyiddin itu. Apakah ianya dibuat kerana
saat ini Umno sedang menghadapi pertandingan maka beliau kena tunjukkan
sifat perikemanusiaan yang lebih?

Mengapa saya kata begitu kerana, Muhyiddin tidak pernah mencemarkan kaki
melihat bagaimana susahnya warga setinggan di sekitar Kuala Lumpur yang
menghadapi kesulitan bila mana penempatan mereka dirobohkan kerana terlibat
dengan pembangunan. Kediaman atau kampung yang mereka diami berpuluh tahun
tiba-tiba lenyap dalam sekelip mata saja.

Contoh paling nyata dan mudah sekali, bagaimana sekelompok setinggan di tepi
lebuh raya MMR2, berhampiran dengan Zoo Negara, berbulan-bulan mereka duduk
dalam khemah dan bergelap siang malam bila mana rumah mereka dirobohkan.
Mereka memperjuangkan tanah air mereka namun tidak ada siapa
mempedulikannya.

Mereka menjadi mangsa Projek Setinggan Sifir yang dilancarkan oleh bekas MB
Selangor, Mohamad Khir Toyo. Entah berapa ribuan setinggan di pinggir ibu
Kota Kuala Lumpur menjadi korban projek Khir itu. Bila rumah mereka diroboh
mereka tidak berumah dan ada yang tidur berlantaikan pasir dan berselimutkan
embun.

Adakah Muhyiddin atau mana-mana menteri menjenguk mereka, mencemarkan kasut
melihat bagaimana susahnya nasib mereka? Sepatutnya setingganlah yang perlu
diberi keutamaan dan dilawat oleh orang macam Muhyiddin. Saya rasa akaun
mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh itu lebih banyak daripada akaun
setinggan?

Apakah kerana bencana yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu melibatkan
golongan nigrat, bangasawan dan mereka yang hampir dengan pejabat Perdana
Menteri maka semua tertumpu ke situ? Sekali lagi ditegaskan saya bukan tidak
setuju untuk memberi pelindungan kepada mereka, tetapi apaklah perlu
ditempat selesa sampai di hotel-hotel? Untuk menyatakan simpati saya sendiri
pagi-pagi lagi ke tempat kejadian dan melaporkan dalam blog.

Dalam usaha kita membantu dan menumpahkan simpati ini biarlah kita adil dan
jangan *double standart.* Ada kalanya kita ini nampak sangat pilih kasih dan
*double standart* dalam memberi perhatian atau pertolongan. Bila ia
melibatkan orang kaya, golongan bangsawan kita berderu datang membantu dan
menengoknya. Tetapi kalau terkena ke atas golongan miskin, rakyat marhean
hanya orang-orang tertentu saja yang menjenguknya. Kenapa?

Buanglah perangai dan sifat begini. Kita hendaklah sama rata dalam memerhati
setiap dari rakyat negara ini. Jangan pula dipilih bulu dan kedudukan.
Ketahui penderitaan dan kesangsaraan setingan yang rumah mereka diroboh
samalah dengan kesengsaraan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang
terlibat dengan tanah runtuh itu.

Kepada Muhyiddin dan lain-lain menteri selepas ini jangan hanya bersedia
untuk menjenguk penderitaan orang kaya, orang ternama tetapi jenguk dan
silaulah juga penderitaan dan kesangsaraan setinggan yang menjadi mangsa
Projek Setingan Sifit Khir Toyo dulu. Kalau beliau tidak tahu di mana
lokasinya saya bersedia untuk menunjukkannya! *[wm.kl 7:00 pm 09/12/08]*.

*KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH <http://www.biovco.com/paras-glukosa.php>*
 <http://www.biovco.com/>
*Sila Klik disini untuk maklumat lanjut* <http://www.biovco.com/>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke