Sistem SMS membina dana untuk Badan2 Kebajikan/NGO Islam
 
Assalamu'alaikum,
 
Kami ingin mengajak Badan2 Kebajikan/NGO Islam untuk menggunakan sistem 
JemaahSMS kami dalam usaha mereka untuk menjana dana untuk tabung kebajikan 
masing2. 
 
Buat masa sekarang kami menjual content SMS/info terus kepada pelanggan2 kami. 
Kami menjual sekurang2nya 1 content SMS Islamiah seminggu. Pelanggan pula akan 
dicaj cuma 50sen/SMS. 1 SMS/minggu adalah di bawah kadar purata penggunaan SMS 
oleh rakyat Malaysia di mana mengikut kajian SKMM, purata penggunaan SMS adalah 
5 SMS/hari. Jika pihak telco mengenakan caj 10sen/SMS, ini bermakna pengguna 
membelanjakan 10sen x 5 x 7 = RM3.50/minggu untuk SMS.
 
Oleh yang demikian, jika Badan2 Kebajikan/NGO Islam menggunakan sistem 
JemaahSMS kami, menjual 1 content SMS/minggu terus kepada pelanggan2 berdaftar 
atau ahli JemaahSMS mereka, katalah terdapat 10000 ahli JemaahSMS dan kami 
memperuntukkan 10sen/SMS, maka jumlah dana yang dapat dikumpul oleh Badan 
Kebajikan/NGO Islam tersebut adalah :
 
1 x 10000 x 10sen = RM1000/minggu
 
Katalah pelanggan membelanjakan RM3.50 (7 SMS x 50sen) juga untuk tujuan amal 
ini, iaitu Badan Kebajikan/NGO Islam menjual 7 SMS/minggu, maka jumlah dana 
yang dapat dikumpul oleh Badan Kebajikan/NGO Islam yang berkenaan adalah :
 
7 x 10000 x 10sen = RM7000/minggu = RM28000/bulan = RM336000/tahun.
 
Jumlah dana ditentukan oleh jumlah SMS yang dijual dan jumlah pelanggan yang 
berdaftar.
 
Sistem JemaahSMS kami ini juga dibuka kepada individu2 yang ingin turut serta 
bersama2 kami menyampaikan walau 1 ayat, walau 1 SMS. Jika tiada kemahiran 
untuk mendapatkan material2 SMS, kami akan beri tunjuk ajar, insya'Allah.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.JemaahSMS.com
 
Wassalam.

JemaahSMS.com - Bermaklumat, Berilmu, Beramal


      

Kirim email ke