http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

Ancaman Bendera tidak babitkan tentera

08/10/2009 2:36am


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 
'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang 
Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara 
Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid 
Hamidi.


Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang 
andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai 
oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.


"Khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka 'Benteng 
Demokrasi Rakyat' (Bendera) sedang berkumpul di Kalimantan, Indonesia hanya 
melibatkan segelintir kumpulan kecil yang bukan tentera.


"Rakyat tidak harus memberi reaksi negatif kerana kumpulan itu adalah orang 
upahan dari pihak ketiga yang ingin melihat konflik antara dua negara serumpun 
itu berterusan," katanya ketika merasmikan majlis Penganugerahan dan 
Konvokesyen Pertubuhan Seni Silat Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sini, malam 
tadi. - Bernama

    

Reply via email to