Kayaknya, mulai pagi ini, banyak anak2 muda di Jakarta siap-siap merayakan 
VAlentine Day. Kalau mereka tidak mengindahkan larangan MUI, gimana ya wibawah 
MUI sekarang ini??????
 
 
'Cogito Ergo Sum 
saya berpikir maka saya ada 
Rene Descartes"

--- On Fri, 2/12/10, sunny <am...@tele2.se> wrote:


From: sunny <am...@tele2.se>
Subject: CiKEAS> Ulama Indonesia larang sambutan Hari Kekasih
To: undisclosed-recipi...@yahoo.com
Date: Friday, February 12, 2010, 3:04 PM


  




http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2010&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm
 

Ulama Indonesia larang sambutan Hari Kekasih
 
SURABAYA 12 Feb. - Pemimpin-pemimpin Islam di Indonesia hari ini menggesa 
supaya umat Islam tidak meraikan 'Hari Kekasih' kerana ia adalah berdosa dan 
menjurus kepada gejala 'seks bebas'.
"Kami melarang umat Islam daripada meraikan Hari Kekasih.
"Ia selalu diraikan oleh golongan muda yang belum berkahwin. Mereka meraikannya 
dengan berpegangan tangan atau melakukan seks bebas yang tidak sepatutnya 
dilakukan," kata Abdullah Cholil, pemimpin Nahdlatul Ulama di Timur Jawa, 
pertubuhan Islam terbesar di negara ini.
Sementara itu, ketua Majlis Ulama Indonesia cawangan Timur Jawa iaitu badan 
Islam tertinggi negara ini, Lalilurrahman berkata, perayaan ini adalah tradisi 
Barat dan tidak membawa kepentingan kepada agama Islam.
"Hari Kekasih berasal dari budaya Barat dan tidak selari dengan ajaran Islam 
serta budaya Timur," katanya.
Pusat membeli belah di bandar-bandar utama di Indonesia dihiasi dengan 
tawaran-tawaran hadiah Hari Kekasih sama seperti menyambut sambutan Tahun Baru 
Cina.
Kebanyakan rakyat Indonesia adalah berfahaman sederhana dan tidak ramai yang 
mematuhi fatwa pemimpin Islam tempatan. - AFP







      

Reply via email to