Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia  seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada 
anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua 
telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, 
serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada 
anda. 


"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan 
dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, 
beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda 
tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah 
mengetahuinya.

"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik 
yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)

Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 
13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu 
yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah 
anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu 
yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? 
Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih 
banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? 
Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat 
dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat 
makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda 
dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda 
yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi 
otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari 
kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas 
sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu 
bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan 
lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan 
butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan 
tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam 
ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik 
roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur 
dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa 
mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan 
material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk 
kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, 
renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian 
tidak memperhatikannya?" (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, 
dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi 
mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)

Sumber:
Laa Tahzan

Dr 'Aidh Al-Qarni 


      Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://sg.toolbar.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke