----- Original Message ----- 
From: "Bimo Ario Tejo" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, April 06, 2005 2:45 AM
Subject: [apakabar] Pemerintah Malaysia kelabakan...


>
>
>
> Setelah sempat berkotek2 mengancam akan mencari sumber tenaga kerja
> dari negara lain, kini pemerintah Malaysia kelabakan sendiri. Good
> job, Pak Fahmi! Orang sombong seperti mereka memang harus dihadapi
> dengan sombong juga...
>
> http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20050404225019/
> Article/
>
> Boleh ambil pekerja asing:
> Kerajaan lulus permohonan masuk 75,000 rakyat Indonesia
> Oleh Fazli Abdullah
>
> PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja
> asing baru yang berkuat kuasa Februari lalu, bagi menangani
> keperluan mendesak tenaga kerja dalam pelbagai sektor di negara ini.
>
> Pada masa yang sama, kerajaan juga meluluskan serta-merta permohonan
> kemasukan 75,000 pekerja Indonesia.
>
> Sebelum ini, kerajaan sudah meluluskan permohonan kemasukan 94,000
> pekerja dari republik itu.
>
> Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
> Pekerja Asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk
> Seri Najib Razak di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di sini,
> semalam.
>
> Langkah menarik balik pembekuan itu bermakna semua pekerja dari
> negara sumber, sama ada yang pulang menerusi program pengampunan
> atau pekerja baru, dibenarkan masuk berkuat kuasa serta merta.
>
> Sebelum ini, hanya pekerja asing yang datang semula menerusi program
> pengampunan dibenar masuk untuk bekerja semula, tetapi bukan untuk
> pekerja baru. Dua lagi ketetapan yang dibuat jawatankuasa itu bagi
> mengatasi keperluan tenaga kerja ialah:
>
>
> Mengecualikan kursus induksi kepada pekerja Indonesia.
>
>
> Membenarkan pengambilan pekerja dari negara sumber lain termasuk
> Pakistan, India, Nepal, Vietnam dan Myanmar.
>
> Mesyuarat itu juga membuat ketetapan untuk mengambil tindakan
> berterusan ke atas majikan yang menggaji pekerja secara tidak sah.
> Setakat ini 48 majikan sudah didakwa.
>
> Jawatankuasa itu mengambil maklum mengenai bilangan pekerja asing di
> negara ini yang kini berjumlah 1.5 juta orang termasuk sejuta
> daripadanya adalah warga Indonesia.
>
> Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu,
> Najib berkata, selepas program pengampunan, hanya 11,000 pekerja
> daripada pelbagai negara yang sudah masuk ke negara ini.
>
> "Kita harap mereka kembali secepat mungkin. Kita juga berharap
> kerajaan Indonesia mengambil perhatian mengenai kelulusan yang kita
> bagi dan mereka hantar pekerja mereka dengan kadar segera... untuk
> keperluan mereka juga," katanya.
>
> Sebelum ini, kerajaan membekukan pengambilan pekerja baru daripada
> negara sumber bagi memberi peluang kepada 382,082 pendatang tanpa
> izin yang pulang menerusi program pengampunan.
>
> Penghantaran pulang secara besar-besaran itu menyebabkan banyak
> majikan mengalami masalah kekurangan tenaga kerja. Kerenah birokrasi
> Indonesia termasuk mengenakan bayaran yang tinggi, turut
> mengakibatkan kemasukan pekerja daripada republik itu begitu
> perlahan.
>
> Mengulas pengecualian kursus induksi ke atas pekerja Indonesia,
> Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu menunjukkan semangat
> kejiranan yang tinggi walaupun Indonesia difahamkan masih mahukan
> kursus induksi itu diteruskan.
>
> "Kita harap ini dapat diketepikan oleh kerajaan Indonesia kerana
> pekerja Indonesia bercakap dan memahami bahasa kebangsaan dan budaya
> kita. Kita merasakan tidak perlu kursus induksi bagi mereka,"
> katanya sambil menambah latihan berkenaan boleh dilakukan di negara
> ini selepas mereka memasuki Malaysia.
>
> Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat semalam juga mengambil
> maklum mengenai masalah yang dialami oleh syarikat dalam sektor
> perusahaan kecil dan sederhana.
>
> Katanya, syarikat dalam sektor berkenaan serta bidang pertanian yang
> menghadapi masalah mengenai pekerja asing boleh berurusan terus
> dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
>
> "Sektor ini telah melahirkan mengenai kekurangan pekerja yang sangat
> ketara dan tindakan perlu dilakukan segera untuk mengatasinya,"
> katanya.
>
> Mengenai cadangan pengambilan kira-kira 100,000 pekerja Pakistan,
> Najib berkata, satu pasukan pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam
> Negeri akan dihantar ke negara itu dalam masa terdekat untuk
> membincangkan soal berkenaan.
>
> Katanya, sebarang keputusan untuk mengambil pekerja dari Pakistan
> dan negara lain akan dibuat berdasarkan kepada keperluan.
>
> Najib berkata, satu jawatankuasa kecil yang diselaraskan oleh
> Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan mengumpul maklumat mengenai
> keperluan sebenar pekerja asing dalam negara.
>
> Jawatankuasa berkenaan yang akan mendapat input daripada beberapa
> kementerian dan agensi lain termasuk Kementerian Sumber Manusia akan
> memberi gambaran sebenar keperluan itu.
>
> "Majlis Tindakan Ekonomi Negara juga akan mengeluarkan satu laporan
> mengenai kesan ke atas ekonomi berikutan kekurangan pekerja,"
> katanya.
>
> Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid,
> berkata mulai sekarang pengambilan pekerja asing akan berdasarkan
> kepada siapa yang masuk dulu.
>
> "Sekarang kita buka kepada pekerja daripada semua negara sumber.
> Jika pekerja Indonesia masuk cepat dia akan diambil dan jika pekerja
> negara lain masuk dulu, dia akan mengisi kekosongan yang ada,"
> katanya.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> ****** potonglah bagian bagian dari posting sebelumnya *******
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
>
>







Ketawa dot Com - http://ketawa.com/
CV Global Intermedia - http://www.g-im.com/ 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/e-ketawa/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke