Siapakah orang yang
sombong?
Orang yang sombong adalah orang
yang diberi penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka
bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang
telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya
adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan
cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa
untuk bertaubat.
Siapakah orang
dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya
adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan
tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang
dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang
yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang
dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.
Siapakah orang yang
lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg
yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada
kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang
bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut
adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan
Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang
buta?
Orang yang buta adalah orang yang
tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang
tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang
diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak
diendahkannya.
Siapakah orang yang
sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang
tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang
yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi
wainna illahi rajiuun. Lalu sambil berkata, Ya Rabbi aku redha dengan
ketentuan-mu ini, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang
yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata
mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air
matanya.
Siapakah orang
yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang
miskin?
Orang yang miskin adalah orang
yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan
harta.
Siapakah orang
yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang
yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek
sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang
bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang
beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya
diabaikan.
Siapakah orang
yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya
adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu
agamanya.
Siapakh orang yang
mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah
orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara
itu.
Siapakah orang yang
gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang
yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan
akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan
kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang
rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaiakn.
Siapakah orang yang
selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah
orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
orang tua.
Siapakah orang
yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah
orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang
yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang
paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana
kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang
mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang
paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang
yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal
sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.
Siapakah orang
yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang
tidak membiarkan e-mail ini begitu sahaja, malah dia akan membaca dan
memahami lalu menyampaikan pula kepada orang lain