Assalamualaikum semua,
   
  Di sini dimaklumkan bahawa Pasar Tani Prima Saujana, Kajang sudah mula 
beroperasi sejak 4 minggu lalu. Diadakan pada hari Selasa (malam) setiap minggu 
(5.00 petang hingga 10.00 malam). 
   
  Marilah beramai-ramai datang membeli berbagai-bagai barangan keperluan harian 
seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan segar, ikan segar, ayam 
mentah, barangan runcit, rempah ratus, ubat tradisional, baju, pelbagai jenis 
kain, batik serta berbagai-bagai juadah seperti roti john, kerepek, ayam 
goreng, yong tau fu dan bermacam-macam lagi boleh didapati di sini. Harga yang 
ditawarkan di sini amat berpatutan sekali.
   
  Marilah penduduk sekitar terutamanya di kawasan Saujana, Kajang, Semenyih, 
Cheras, Beranang, Bangi dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan ke tapak Pasar 
Tani Prima Saujana ini. Tapak Pasar Tani ini terletak berhampiran dengan Giant 
Superstore Kajang dan lebih kurang 2 kilometer sahaja dari Tesco Kajang. 
Sokongan anda amat dialukan-alukan.
   
  Terima Kasih. 
   

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke