Dr Mahathir letak jawatan Perdana MenteriWARTAWAN SINAR HARIAN | 24 Februari 
2020
Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru 
menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan 
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang 
berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Sinar Harian difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan 
kenyataan dalam masa terdekat.

Kirim email ke