Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah 
tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah 
terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir 
Rasulullah itu ialah:

    "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak 
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada 
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

    "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai 
suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat 
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh 
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah 
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka 
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga 
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas 
kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih 
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah 
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang 
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan 
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah 
Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan 
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya 
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang 
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang 
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

    "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk 
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, 
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas 
ketiadaanku.

    "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku 
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul 
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya 
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan 
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah 
Al-Qur'an dan Sunnahku.

    "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada 
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang 
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan 
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu." 

Salam Persaudaraan

Den Baga, Jakarta 7 Juli 2010


Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

------------------------------------

Majulah Gorontalo kita!Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/gorontalomaju2020/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/gorontalomaju2020/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    gorontalomaju2020-dig...@yahoogroups.com 
    gorontalomaju2020-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    gorontalomaju2020-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke