1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara
kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak
rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa
setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi
berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka??
2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan
ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai
untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menar kawalan subang
3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke
destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus
berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa
selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..
4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar
di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling
lemah..
4) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX
putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus
menerbangkan pesawat ke lokasi XXX
5) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas,
tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab
itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa..
semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..
6) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan,
dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand)..
ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran
pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah
lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa)..
7) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana
pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN
KEMENTERIAN PERTAHAAN
8) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus
memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara
milik amerika di thailand (lokasi rahsia)
9) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX
cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba
intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan
amerika dn thailand
10) bersambung
11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal
ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa
negara lain
12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah
benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi
lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu
main-main ke??
13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar
dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat
tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak
lambat..
14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan
perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut
arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di
situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah
dimaklumkan..
15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan
kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah
jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat
andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan
mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas
16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha
mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat
asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka
mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di
situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu
17) sambungan (apa rundingan di nanning?)
18) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX
berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan
memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih
penumpang
19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju
dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara
XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara
XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di
thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk
mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut..
20) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan
MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang
pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang
pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita
pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax
21) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA
22) bersambung
23) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia
ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa
negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini)
terpaksa bersetuju
24) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack
itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi
beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada
di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor
passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi
miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh
negara mereka tutup cerita)
25) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi
telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak
diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off
henset mamat tu setelah dirampas..
26) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha
untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan
bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk
berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya,
mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan
pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu
benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka
terpaksa trik balik statement..
27) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup
28) sekian karangan malam ini..bersambung
kenapa Nanning?
29) setelah berjaya merampas pesawat, perisik bertindak untuk menerbangkan
pesawat ke lokasi XXX untuk tujuan sabotaj (?)
30) sebelum itu perisik ada membuat tuntutan kepada menara kawalan untuk
menyambungkan talian kepada putrajaya, tetapi menara kawalan enggan
bekerjasama
31) pesawat menuu ke utara menggunakan laluan selat melaka.. pesawat
terpaksa melepasi thailand dari arah timur kerana PERISIK TIDAK MAHU
MELALUI KAWASAN GULF OF THAILAND kerana di situ terdapat banyak kapal
perang yang canggih, termasuk kapal perang dari malaysia
32) titik laluan pesawat ialah di kawasan sempit di thailand iaitu di
phuket, bangkok dan menuju ke nanning (cuba lihat dekat peta, laluan dari
phuket, bangkok dan nanning adalah sat garis lurus).. nanning adalah daerah
paling hampir untuk pesawat ke negara XXX (ya, negara XXX ialah china)..
mereka cuma perlu melepasi ruang udara thailand.. untuk melepasi ruang
udara laos dan vietnam tidak menjadi masalah kerana laos dan vietnam adalah
sekutu rapat china
33) ketika pesawat mendekati bangkok, radar thailand berjaya mengesan
kehadiran pesawat ini.. pada mulanya perisik cuba mengatakan pesawat mereka
sesat dan sedang dalam masalah teknikal, tetapi bila keadaan menjadi agak
tegang, thailand meminta USA untuk pintas pesawat itu
34) bersambung (apa tujuan perisik dan apa tujuan negara XXX)
siapa perisik
35)perisik XXX (berkemungkinan berjumlah 4 orang dan keatas) adalah dari
2-3 buah negara yang berpakat.. tujuan mereka tidak lain tidak bukan, untuk
mengkaji strategi dan lokasi strategik untuk persediaan WW3 (bahagian
ASEAN).. kemungkinan besar mereka sedang membawa maklumat sulit bersama
merka..
36) kalau ada yang tanya kenapa mereka tidak faks atau emelkan sahaja
maklumat itu, kamu silap kerana maklumat yang melalui internet boleh
dipintas oleh CIA dan sesiapa sahaja.. mereka harus menghantar maklumat itu
by hand..
37) kenapa passport eropah? pada hari pertama kejadian, saya sudah menyuruh
sesiapa yang bekerja dengan imigresen untuk semak rekod passport YA3189197,
kenapa?? kerana passport milik luigi miraldi ini tidak mempunyai rekod
kemasukkan ke malaysia..
38) salah satu passport curi tersebut membeli tiket dari KUALA LUMPUR -
BEIJING - ARMSTERDAM - COPENHAGEN dan satu lagi KUALA LUMPUR - BEIJING -
ARMSTERDAM - FRANKFURT.. kedua-duanya dibeli melalui travel agent di
thailand, dan selang beza nombor siri e-tiket mereka hanyalah selang satu
nombor..
39) kenapa mereka memilih untuk melalui route itu?? kerana jika masa
transit untuk connecting flight dari BEIJING KE ARMSTERDAM kurang dari 72
jam, maka pre-arranged visa adalah TIDAK DIPERLUKAN.. ini sangat penting
kerana selain dari kedutaan china, pre-arranged visa juga memerlukan
pengesahan dari kerejaan malaysia bahawa penumpang telah memasuki malaysia
secara sah..
40) biasanya pihak imigresen malaysia dan pihak airport akan menyemak visa
penumpang sebelum menaiki pesawat yang hendak ke china.. tetapi oleh kerana
tempoh transit tidak sampai 72 jam, maka visa tidak diperlukan.. data
passport mungkin boleh dipalsukan, tetapi data pre-arranged visa adalah
sangat sukar untuk dipalsukan
41) kenapa perisik XXX nak sangat ke china?? ya, nak bagi maklumat sulit
itu by hand kepada kerajaan china.. lepas tu terus honeymoon ke eropah
42)di dalam pesawat juga ada perisik dari negara lain (mereka juga sedang
merisik perisik XXX).. dipercayai ada pergelutan sehingga perisik XXX
terpaksa merampas pesawat
43)bersambung
AMARAN- SEMUA INI HANYALAH KHAYALAN DAN FANTASI PENULIS
apa yang berlaku di dalam kapal terbang?
44) kemungkinan besar aktiviti rampasan bermula sejurus selepas isyarat
tali pinggang dipadamkan (10-20 minit setelah berlepas).. pada waktu ini,
pesawat sudah mula stabil dan krew sedang sibuk menyediakan snek untuk
penumpang
45) perisik XXX yang berjumlah 4 orang atau lebih menyedari kehadiran
perisik lain di dalam pesawat dan mereka rasa tergugat.. seperti teori saya
sebelumnya, perisik XXX pada mulanya tidak merancang untuk hijack pesawat,
tetapi untuk menjaga maklumat super penting yang mereka bawa, maka mereka
terpaksa guna pelan B..
46) para perisik XXX ada membawa alatan untuk merampas kapal terbang kerana
ini adalah persediaan biasa bagi mereka untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.. segala peralatan seperti radar jammer, mereka masukkan di
dalam ruangan kargo dan berkemungkinan berbentuk seperti power bank atau
sebuah laptop bagi mengaburi mata pegawai imigresen
47) sebelum bertindak, perisik XXX mengaktifkan alat penghalang komunikasi
ke luar pesawat terlebih dahulu.. ini untuk menghalang juruterang dari
memaklumkan kejadian rampasan di dalam pesawat kepada menara kawalan..
AMARAN- SEMUA INI HANYALAH KHAYALAN DAN FANTASI PENULIS
48) ketika rampasan, pilot menjadi panik dan cuba menghubungi menara
kawalan, tetapi gagal.. pilot mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan
gelombang lain.. kemungkinan besar ada pesawat berdekatan ada menerima
signal mereka, tetapi tidak jelas
49) perisik XXX berjaya memasuki kokpit setelah didesak atau diugut oleh
perisik XXX.. salah seorang perisik XXX berjaya mengambil alih stering, dan
mengaktifkan kembali sistem komunikasi, lalu berhubung dengan menara kawalan
50) seperti yang teori saya sebelumnya, perisik XXX meminta untuk
disambungkan ke putrajaya, tetapi menara kawalan enggan.. perisik
mengaktifkan radar jammer sebagai petunjuk kepada menara kawalan yang
mereka boleh buat apa saja kepada pesawat..
51) menara kawalan masih lagi tidak mahu bekerjasama.. tujuan perisik XXX
ingin berhubung dengan putrajaya adalah ingin meminta putrajaya menutup
kejadian yang berlaku dalam pesawat (mungkin perisik dari negara lain sudah
tercedera atau terbunuh)
AMARAN- SEMUA INI HANYALAH KHAYALAN DAN FANTASI PENULIS
52) rundingan semakin buntu, perisik membuat ugutan terakhir iaitu ingin ke
lokasi XXX (lokasi sensitif negara) seandainya menara kawalan masih enggan
bekerjasama..
53) akhirnya perisik membatalkan hasrat untuk ke lokasi XXX.. ini kerana
sememangnya perisik XXX tiada niat hendak menyerang lokasi XXX, tetapi cuma
untuk mengugut.. diingatkan sekali lagi, perisik XXX bukannya pengganas,
mereka cuma perisik upahan dan bekerja untuk duit.. mereka tidak bersedia
untuk mati demi sesebuah negara..
54) perisik menuju ke utara melalui selat melaka
55) bersambung
AMARAN- SEMUA INI HANYALAH KHAYALAN DAN FANTASI PENULIS
kenapa malaysia?
56) malaysia adalah lokasi strategik untuk melakukan intipan terutamanya
sekitar kawasan laut china selatan menghala ke kepulauan spratly..
57) ini kerana negara yang bersekutu dengan China seperti Russia, Iran,
Vietnam, Cuba dll cuma untuk mencari kawasan strategik seandainya perang
dunia ketiga bermula kelak
58) dipercayai, China sangat berminat dengan kepulauan spratly sahaja..
maka seandainya WW3 tercetus, kawasan yang akan berlaku peperangan hanyalah
di gugusan pulau itu dan melibatkan ketenteraan laut sahaja.. china tidak
berminat untuk menyerang tanah besar lain seperti malaysia, singapura,
filipina dan lain-lain..
AMARAN- SEMUA INI HANYALAH KHAYALAN DAN FANTASI PENULIS
59) di eropah, sekutu china, iaitu russia sudah mula menempatkan askar
mereka di ukraine.. kenapa ukraine?? ini kerana ukraine adalah pintu masuk
paling strategik dari negara Eropah lain jika nak ke Russia dan Asia
melalui jalan darat (syria dan iraq sudah dikuasai awal-awal oleh Amerika..
Amerika sudah mulakan military placement mereka dari dulu lagi)
60) selain ukraine, negara lain adalah terlalu berbukit dan
bergunung-ganang (belarus dan lithuania) dan terpaksa melalui selat (negara
scandinivia).. rusia terpaksa mencetuskan huru-hara di Crimea kerana di
sana sokongan rakyatnya terhadap rusia adalah kuat (selain dapat menguasai
jalan laut melalui Black Sea)
61) di sebelah Timur Tengah (iran), africa (nigeria) dan amerika (cuba) -
tiada khayalan setakat ini
--
Posted By apa tu to Says Blog on 3/15/2014 07:09:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.