ALOR SETAR: Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan
melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor
Setar, Kedah.
Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah
hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan
datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun
yang menetap di Langgar, Alor Setar.
Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun
ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak
Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam
Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu
berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2
pagi tadi.
Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan
yang sah.
Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut
menahan beberapa pasangan lain.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk
disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.
Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan
maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di
kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil
kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan
terus bertugas setiap hari -awani
VIDEO KHALWAT
--
Posted By apa tu to Says Blog on 7/02/2014 12:21:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.