Bukan gambar mangsa sebenar
KANGAR - Pada masa mereka sepatutnya menikmati hidup bahagia berbulan madu,
sepasang suami isteri yang baharu seminggu berkahwin sebaliknya sering
bertengkar.
Puncanya kerana si suami dikatakan cemburu melampau lantaran mengesyaki
isterinya main kayu tiga dengan lelaki lain.
Pagi semalam, perasaan cemburu itu dipercayai tidak terkawal lagi hingga
dia dikatakan bertindak melampaui batas cuba membakar wanita itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata,
kejadian berlaku di rumah keluarga lelaki itu di Kampung Abi, Padang
Machang di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
"Pada masa kejadian, seorang jiran mendengar pasangan itu bergaduh besar
sebelum bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan kerana risau berlaku
perkara tidak baik. Dia terkejut apabila melihat suami isteri itu terbakar
di dalam bilik air rumah berkenaan," katanya.
Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal , suspek yang juga seorang
penganggur berusia 23 tahun itu, dipercayai menyimbah petrol ke badan
isterinya sebelum bertindak mencucuh dengan menggunakan pemetik api.
"Namun api turut menyambar kaki dan tangannya mengakibatkan dia sendiri
turut mengalami kesan terbakar kira-kira 20 peratus," katanya.
Menurut Abdul Rahman, mangsa pula mengalami kecederaan akibat terbakar
kira-kira 85 peratus berikutan api menyambar bajunya menyebabkan bahagian
pinggang dan kakinya terbakar.
Katanya, beberapa jiran menolong memadamkan kebakaran sementara menunggu
kedatangan bomba dan penyelamat.
"Mangsa dihantar ke Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar untuk rawatan rapi sementara suspek masih berada di Hospital Tuanku
Fauziah dan akan direman untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam pada itu, keluarga mangsa sepatutnya mengadakan majlis kenduri
kesyukuran semalam bagi menyambut ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
Nenek mertua mangsa berusia 70-an berkata, mereka sekeluarga sepatutnya
mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa yang ke 23 semalam.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian berkenaan.
Menceritakan semula kejadian, ketika itu, dia baru pulang dari pasar
sebelum terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam bilik.
"Saya kemudian masuk ke dalam rumah dan melihat badan mangsa sedang
terbakar.
"Cucu saya yang cuba memadamkan api itu juga mengalami kecederaan, sebelum
membantu mangsa dengan mengambil air dan mencurahkannya ke badan mangsa,"
katanya dalam nada sedih.-SH
Tempat kejadian di rumah keluarga suami seorang wanita yang dibakar
Bakar isteri nikah seminggu
Kangar: "Abang! Tolong, tolong sayang." Itu jeritan seorang isteri selepas
disimbah dengan petrol sebelum dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta
di Kampung Abi Padang Machang, di sini, semalam.
Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada jam 9.30 pagi itu,
tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Difahamkan, pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun
mangsa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar
suami kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik
didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.
Nenek suspek yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sepatutnya
mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa ke-23, semalam,
tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan.
Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar
jeritan mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan
mangsa sedang terbakar.
"Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan
mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan," katanya
ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir
keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini,
dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.
"Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang
setahun lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di
Thailand, seminggu lalu.
"Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat
mesra dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua
ahli keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,"
katanya. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 7/08/2014 12:28:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.