Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan
berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih
keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya
sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,
Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain
dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.
"Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke
dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.
"Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol
dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit," katanya.
Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya
melakukan seks oral selama beberapa minit.
"Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki
itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
"Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak
menceritakan kejadian itu kepada sesiapa," katanya. -HM
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 12/10/2014 02:18:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.