Marang: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda, di sini, pada Ahad lalu. Kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai berhampiran, pada jam 5 petang.

Menurut sumber, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada jam 8.30 pagi keesokannya. "Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

"Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Katanya, siasatan yang dijalankan susulan .laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda, kelmarin.

"Sehingga kini, kami masih menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital," katanya.

--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 7/25/2015 03:45:00 PG

--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: http://groups.google.com/group/gudangmedia Blog: http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
  http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
  http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
  http://pendek.in/0xn7
-
--- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Reply via email to