MUAR - Seorang ibu kepada bayi lelaki berusia 11 bulan bukan sahaja
dirompak malah dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap di
sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kerani Sekolah Agama Sungai
Raya, Nurul Syahira Mohamed Yatim, 29, ditemui mati terbaring di depan
pintu bilik dipercayai akibat dijerut menggunakan tali pengikat langsir.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sejurus
menerima aduan jiran sebelah rumah yang mengesyaki sesuatu apabila
mendapati pintu pemandu kereta jenis Honda Civic milik mangsa dan pintu
depan rumah berkenaan terbuka, polis bergegas ke tempat kejadian.
"Siasatan awal tidak menemukan sebarang senjata lain dan hanya tali
pengikat langsir ditemukan yang dipercayai digunakan untuk menjerut leher
mangsa.
"Tiada sebarang kesan pecah rumah. Malah keadaan rumah seperti biasa atau
tiada tanda-tanda rumah itu digeledah.
"Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri, dompet, telefon bimbit dan barang
kemas mangsa semuanya hilang dipercayai dilarikan perompak," katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.
Buat masa ini, katanya siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar
menjadi pembunuhan manakala motif dan punca kematian masih disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Ulu Tiram manakala
anak tunggal mereka dijaga pengasuh di kawasan berhampiran.
Polis tangkap suspek bunuh kerani sekolah
JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kerajaan ditahan pihak polis, semalam bagi
membantu siasatan bersabit kes pembunuhan kejam seorang kerani wanita
sebuah sekolah agama di Muar berumur 29 tahun pada 16 November lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asistan Komisioner
Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan dibuat pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Johor dan JSJ Muar kira-kira jam 6 petang, semalam.
Menurutnya, suspek yang berumur 30 tahun ditahan di rumahnya yang merupakan
jiran terdekat kepada mangsa yang ditemui mati dijerut Isnin lalu.
"Suspek menjadi orang yang disyaki ditahan kerana gagal memberi keterangan
yang memuaskan kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan.
"Terima Kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada
pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah kejam Ini," katanya.
Kamarul berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek yang telah
berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu adalah positif dadah jenis
amphetamine.
"Hasil semakan juga turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah
lampau bersabit kesalahan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.
Media 17 November lalu melaporkan seorang wanita ditemui mati dijerut
dengan pengikat langsir ketika pulang seketika untuk mengambil barang di
kediamannya di Taman Setia Kasih, Muar.
Mangsa ditemui jirannya, Aminah Syukur, 34, dalam keadaan terbaring dengan
leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir di depan pintu sebuah
bilik, dipercayai dirompak dan dibunuh.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tangkap-suspek-bunuh-kerani-sekolah-1.453925
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 11/21/2015 04:30:00 PG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.