KOTA BHARU - Seorang pemandu jentolak bertindak melampau apabila tergamak
merakam aksi bogel dua anak saudaranya yang sedang mandi dan memakai
pakaian, sebelum memaksa dua beradik itu mengadakan hubungan seks dengannya.
Kejadian rogol itu beberapa kali berlaku terhadap dua remaja perempuan
berusia 15 dan 16 tahun itu di rumah nenek mereka di Kampung Banggol Pak
Esah, Pasir Puteh, antara Ogos dan November lalu.
Kejadian berlaku jam 7 pagi sekitar Ogos lalu, ketika pengadu yang berusia
16 tahun berada di dalam bilik didatangi bapa saudaranya berusia 42 tahun
dan memaksa dia melakukan hubungan seks.
Sekiranya enggan, suspek mengugut akan menyebarkan gambar bogel berkenaan.
Takut dengan ugutan itu, mangsa mengikut kehendak lelaki terbabit dan
kejadian berulang dua kali pada November. Suspek menggunakan modus operandi
sama dengan masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah sedang
tidur.
Kejadian sama turut berlaku terhadap adik perempuan mangsa yang dirogol,
masing-masing tiga kali dalam kejadian pada Ogos, September dan Oktober
oleh lelaki sama. Sebelum kejadian rogol itu, mereka kerap kali diganggu
secara seksual oleh suspek yang bertindak meraba payudara mereka.
Dua adik-beradik kandung itu tinggal bersama datuk dan nenek sejak kematian
bapa pada Julai akibat kencing manis, manakala ibu mereka bekerja kilang
dan tinggal di Pulau Pinang. Turut menghuni rumah berkenaan, suspek bersama
isteri dan anak mereka.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad
berkata, suspek ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi, semalam, sebelum
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, sejurus laporan dibuat dua beradik itu, suspek bertindak melarikan
diri dan usaha pihak berkuasa menjejakinya berhasil dengan bantuan orang
awam.
"Sebelum ini, suspek yang dikehendaki itu sukar dikesan kerana kerap
bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada
dicekup pihak berkuasa.
"Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20
Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol," katanya.
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 12/16/2015 04:49:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.