BUTTERWORTH: Seorang janda sanggup membawa anak lelakinya berusia 10 tahun
sebagai teman, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam operasi khas
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sempena sambutan tahun
baharu, awal pagi tadi.
Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata janda
berusia awal 30-an dari Sungai Petani, Kedah itu, ditahan di sebuah hotel
bajet dekat Jalan Teluk Air Tawar di sini, bersama pasangannya sekitar jam
3 pagi.
"Wanita itu ditahan bersama pasangannya dari Balik Pulau yang turut
dilaporkan sudah berkahwin," katanya. Beliau berkata, JHEAIPP menahan 48
individu berumur 18 hingga 30 tahun dalam operasi khas yang dijalankan di
Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Daerah Timur Laut, di sini.
"Seramai 26 lelaki dan 24 wanita ditahan dalam operasi bermula jam 2 pagi
itu. Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda
tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya
sekali," katanya.
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 1/05/2016 01:06:00 PG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.