KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak merogol anak gadis rakan baiknya
sehingga mangsa mengandung dan melahirkan seorang anak, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku beberapa kali di rumah mangsa yang berusia 15
tahun, di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Menurut sumber, suspek yang berusia 55 tahun itu dipercayai sering berulang
alik ke rumah tersebut dan secara kebetulan, kediaman mereka berdekatan
antara satu sama lain.
"Namun, setiap kali mengetahui mangsa berseorangan, suspek dipercayai
mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Dia yang layak dipanggil 'ayah' oleh mangsa, dipercayai mengulangi
perbuatan keji itu sehingga mangsa yang masih bersekolah itu mengandung,"
katanya, semalam.
Sumber berkata, sepanjang tempoh mengandung, mangsa langsung tidak
mengetahuinya kerana menganggap dirinya tidak datang bulan adalah perkara
biasa.
"Bagaimanapun, mangsa merasa risau setelah melihat kakinya mula membengkak
sebelum menunjukkan keadaan kakinya kepada ibunya, lalu di bawa ke klinik
berhampiran.
"Setibanya di klinik tersebut, doktor mengesahkan mangsa sedang mengandung
dan hanya tunggu masa untuk bersalin, sebelum dikejarkan ke hospital untuk
rawatan susulan," katanya.
Kata sumber, terkejut dengan perkhabaran itu, ahli keluarga mangsa terus
membuat laporan polis dan suspek ditahan di kediamannya, kelmarin.
Semalam, di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Majistret Abdul Hayyi Salim
membenarkan suspek ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - SH
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 1/14/2016 06:38:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.