syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote: LTAT BERI DIVIDEN 15.75 PERATUS: APA HAL KWSP? ROSLAN SMS Akhbar-akhbar hari ini menonjolkan pengumuman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) darihal pengumuman dividen kepada para pencarumnya. Sebagaimana yang dilaporkan UTUSAN: Kira-kira 100,000 anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menikmati dividen dan bonus lumayan 15.75 peratus bagi tahun kewangan 2004. Ia akan melibatkan pembayaran berjumlah RM401.4 juta. Pada 2003, LTAT membayar dividen dan bonus 10.75 peratus manakala pada tahun 2002 ialah 10 peratus. Tahniah diucapkan kepada semua warga tentera kerana memperolehi keuntungan yang lumayan dari pelaburan masing-masing. Tetapi yang lebih penting lagi tahniah kepada para pengurus dana LTAT khususnya jabatan LTAT yang terlibat kerana telah berjaya memikul amanah dengan bekerja keras bagi memberikan keuntungan yang sebegini lumayan! Soalnya kalau LTAT boleh beri sehingga 15.75 peratus mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beri sekadar 4.75 peratus? Sedangkan jumlah dana terkumpul KWSP lebih dari RM200 billion iaitu berlipat kali ganda lebih besar dari LTAT. Saya cadangkan Pengurus Dana KWSP digantikan dengan Pengurus Dana LTAT yang cemerlang itu ataupun pindahkan sahaja dana KWSP untuk diuruskan oleh Pengurus Dana LTAT yang telah berjaya membuktikan kebolehan mereka. Jangan perjudikan masa depan para pekerja semata-mata kerana kepentingan pihak tertentu. Tahniah LTAT. [EMAIL PROTECTED] posted by Roslan SMS 10:19 AM --------------------------------- Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new resources site! Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Laman Pengajaran Bahasa Melayu http://www.geocities.com/see_ho http://upsrbm.tripod.com/ http://tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm http://pgoh.free.fr/course.php3 Egroups Pilihan http://panduan.7p.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Guru-malaysia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
