--- Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> To: <[EMAIL PROTECTED]>, > <[email protected]>, > "University Of Arizona" <[EMAIL PROTECTED]> > From: "Hizamri Johari" <[EMAIL PROTECTED]> > Date: Wed, 13 Apr 2005 10:09:52 +0800 > Subject: [islah-net] Fw: Adab di rumah - Anak perlu > hormati ibu bapa > > ----- Original Message ----- > From: Latifah Abdul Wahab > > > Adab di rumah - Anak perlu hormati ibu bapa > Oleh AZMAN AHMAD > > Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita > hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau > kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak > atau yang melibatkan adik beradik masih lagi hangat > diperbincangkan. > > Artikel ini ingin menyelami persoalan penting > mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa > dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang > kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh > sebahagian ibu bapa. > > Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan > sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak > ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk > dicantas lagi. > > Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan > pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik > daripada merawat. > > Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara > maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh > membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan. > > Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku > hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu > bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan > syariat yang telah disusun oleh Islam, yang > melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa > itu sendiri. > > Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang > bermaksud: > > Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan > fitrah, (suci bersih) kedua-dua ibu bapalah yang > mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan > mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi. > > Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam > telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah > rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran > atau melalui sunah Rasulullah s.a.w sendiri. > > Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu > membina dan membentuk akhlak anak-anak dan > menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang > unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah > s.w.t. > > Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin > masuk ke bilik tidur ibu bapa. > > Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah > s.w.t. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang > bermaksud: > > Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah > hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh > antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk > kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum > sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana > kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. > > Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah > aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah > kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) > orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu > sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang > lain. > > Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu > ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi > Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari > kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka > meminta izin sama seperti cara orang-orang yang > tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah > menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah > Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: > 58-59) > > Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan > segala isinya merupakan `harta' yang menjadi benteng > maruah kepada sesebuah keluarga. > > Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus > dijaga adab-adabnya. > > Oleh itu anak-anak, sama ada yang masih kecil mahu > pun yang telah dewasa harus diatur dan dididik > menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa, > terutama waktu-waktu tertentu ibu bapa yang > menyentuh masa istirahat mereka. > > Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan > meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam > dan meminta izin terlebih dahulu. > > Allah s.w.t. menjelaskan bahawa kedudukan atau > tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan > ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. > > Oleh itu untuk menjaga aurat dan kehormatan diri > mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-adab > meminta izin terlebih dahulu. Tiga waktu yang > dimaksudkan di atas iaitu: > > 1. Sebelum solat Subuh > Waktu ini ialah waktu ketika ibu bapa kemungkinan > sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan > adalah waktu ibu bapa sedang bangun dari tidur. > Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu > bilik ibu bapa sebelum masuk. > > Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu > `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu > peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh > itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa. > > 2. Sekitar sebelum waktu Zuhur > Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu > `Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk > tidur sebentar. > > Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau > kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk > menunaikan solat Zuhur. > > Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta > izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa > mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada > anak-anak. > > 3. Selepas Isyak > Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang > bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah > seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai > atau tidur di dalam bilik. > > Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin > terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu > bapa terpelihara. > > Tegasnya bahawa gerak laku yang diatur oleh Allah > s.w.t. melalui adab meminta izin ini menjelaskan > kepada kita betapa Islam sangat menitikberatkan > pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman > melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak > sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. > > Hal ini kerana, waktu-waktu yang disebutkan di atas > tidak terhad hanya kepada ruang dalaman rumah kita > sahaja, malah ia merangkumi etika kejiranan yang > melibatkan komuniti di luar rumah kita. > > Waktu yang disusun oleh Allah s.w.t. itu juga > mengandungi hikmah yang tersendiri, yang sebenarnya > mendidik ibu bapa dan anak-anak agar tidak bertamu > ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang > boleh mengganggu ketenteraman dan waktu rehat > mereka. > > Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga > adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar > dipraktikkan oleh Ibu bapa sendiri melalui konsep > `Kepimpinan Melalui Teladan'. > > Jika anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan > dididik dengan adab-adab yang melindungi maruah dan > aurat ibu bapa, maka ibu bapa juga seharusnya > menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian > yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati > syarak terutama di hadapan anak-anak. > > Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin > yang cukup penting dalam Islam, yang boleh > menghindari sesebuah keluarga itu daripada > berlakunya insiden yang tidak baik > > Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak > perempuan adalah salah satu daripada sunah dan etika > yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk > memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka > dengan akhlak yang sempurna. > > Pembahagian struktur ini telah disusun oleh Nabi > s.a.w. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: > > Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan > solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila > usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka > ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara > anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud) > > Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada > berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, > Islam telah menutup ruang atau benih-benih yang > boleh membawa gejala tersebut. > > Pertama sekali, Islam telah menyusun struktur > dalaman sebuah rumah. Rumah yang baik > sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur > secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa > dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak > lelaki dan anak-anak perempuan. > > Hal ini sebenarnya berhubung kait dengan faktor > perkembangan seksologi anak-anak. Biasanya ia > bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan > kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari > segi fizikal mereka. > > Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun > yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam > tubuh badan seseorang. > > Perkembangan jantina ini - dalam Islam ia disebut > sebagai peringkat umur baligh - biasanya akan > memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga > mendorong sikap dan tindakan `ingin tahu' mereka. > > Maka di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan > Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik > tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika > umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara > dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh > mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka. > > Senario kegawatan akhlak remaja Islam dan yang > berlaku dewasa ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa > menjaga keluarganya dengan adab-adab berdasarkan > sunah dan syariat yang telah diatur oleh Islam. > > Hal ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. melalui > firman-Nya yang bermaksud: > > Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu > dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan > bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan > dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar > (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah > dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan > mereka pula tetap melakukan segala yang > diperintahkan. (At-Tahrim: 6) > __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new resources site! http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ Laman Pengajaran Bahasa Melayu http://www.geocities.com/see_ho http://upsrbm.tripod.com/ http://tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm http://pgoh.free.fr/course.php3 Egroups Pilihan http://panduan.7p.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Guru-malaysia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
