Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut
... Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir
hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun
menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
syaitan di waktu maut.
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang
lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa
hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah
yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati
fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa,
Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut
itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat
sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya,
maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada
Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat
kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda
lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat
dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik.
Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang
kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu
di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik
dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman
dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan
minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata
dengan rayu-merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami
bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah
Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama
kami masuk ke dalam syurga.
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi,
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir,
kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: Wahai muridku, lamalah sudah
kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang
sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama
dengan ubat untukmu. Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit
itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang
menyerupai ulamak dengan berkata: Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi
nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat
Allah?
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: Aku tidak tahu.
Berkata ulamak Iblis: Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang
tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu,
kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke
kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang
dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: Bagaimanakah Zat
Allah? Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu.
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda
yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: Wahai guruku, bukankah ini
benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu
benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk,
sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain
pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku
sembah ialah benda yang besar ini.
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di
dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar
(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul
maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal
dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari
gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau
orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah.
Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya
memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng
itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap
ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti
akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam
itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan
Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu
datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka
mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang
mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka
bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: Ya Tuhan kami
selamatkanlah.
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan
berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang
mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya
akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan
membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
Iblis Dengan Ahli Neraka
DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah
sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan
pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari
api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas
mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan
berkata: Wahai para penghuni neraka. Semua orang yang berada dalam neraka
mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq,
sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar
bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi
dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sair.
Berkata Iblis lagi: Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak
akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di
dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu
kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu.
Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari
kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat
daripada aku yang mengumpat.
Berkata Iblis lagi: Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT
sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?
Akhirnya Iblis berkata: Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu
semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku.
Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan
kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru
sekalian Alam.
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka
mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah
dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal
selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam
neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak
ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa
Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu
janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas
cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka
segala-galanya tidak berguna lagi.
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah.
Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang
amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam
itu sebagai saudaranya.
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis
dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri,
kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang
sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah
menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Guru-malaysia/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/