Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama 
dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
 
 Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi 
kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak 
hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
 "Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia 
jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya 
faham.
 
 Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak 
hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang 
dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang 
tak berkecai bila jatuh terhempas."
 
 Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.
 
 :-)
 
 Skype id: mmdamir79
 Download skype: http://www.skype.com/download/
 
                
---------------------------------
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke