---------------------------------
 
  
 BORANG PENYERTAAN 
  
 http://www.scribd.com/doc/49344/BORANG-PENDAFTARAN 
  
 Kepada tuan-puan yang tak dapat menghantar anak masing-masing ke program ini, 
apakata kalau tuan-puan menaja seorang atau lebih anak-anak yatim ini. 
Sumbangan tuan-puan amat-amat dialu-alukan. 
  
 KEM ANAK SOLEH 
  "Menjana Peribadi Anak Soleh" 
  
 TKO Global telah menganjurkan satu program motivasi kepada anak-anak TKO bagi 
memanafaatkan cuti sekolah yang akan datang. 
  
 PROGRAM   : KEM ANAK SOLEH 
  
 Tarikh  : 1hb - 3hb Jun 2007 bersamaan 15 - 17 Jamadil Awal 1428 
  
 Tempat :  KEM TIMAD, ULU CHEPOR, PERAK 
  
Penyertaan : Terbuka kepada Pelajar-pelajar  Sekolah Rendah & Menengah. 
Penyertaan Anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul 
Iman Manjoi adalah percuma.
                         
 Anjuran  :  TKO Global dengan kerjasama Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin 
Nurul Iman Manjoi 
  
 Bayaran : RM120.00 untuk tiga hari dua malam. Bayaran termasuk makanan dan 
penginapan. 
  
 PENGENALAN 
Program Kem Ibadah Anak Soleh merupakan program julung kali diadakan di mana ia 
melibatkan anak-anak yatim  dan miskin daripada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & 
Miskin Nurul Iman. Sejajar dengan tema program "Menjana Peribadi Anak Soleh", 
maka pihak urusetia telah merangka modul-modul yang bersesuaian bagi 
merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan dalam program ini. 
Penekanan modul lebih kepada aspek-aspek pentarbiahan rohaniah di samping 
pengisian jasmaniah. 
  
 OBLEKTIF 
 1. Mendidik generasi muda menjiwai nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 
 2. Mendedahkan peserta dengan ilmu - ilmu di dalam ibadah khusus dan ibadah 
umum. 
 3. Memupuk rasa kehambaan kepada Allah S.W.T dan rasa kecintaan kepada Allah 
dan Rasul. 
  
Program Kem Anak Soleh ini merupakan satu medium atau wadah terbaik untuk 
menyemai nilai-nilai kerohanian dalam diri peserta. Diharapkan dengan adanya 
program berbentuk sebegini dapat memberikan satu momentum kepada peserta kearah 
penyediaan  rohani dan jasmani mengikut garis panduan yang telah ditetapkan 
oleh Islam dan secara langsung dapat melahirkan insan-insan yang mempunyai 
peribadi muslim yang unggul dan memberi kesejahteraan kepada kedua ibu bapa. 
  
Jika ada sebarang pertanyaan sila email di - [EMAIL PROTECTED]
 
 KEM IBADAH ANAK SOLEH – BERTEMPAT DI KEM TIMAD ULU CHEPOR PERAK  
 BERTARIKH : 1 – 3 JUN 2007/ 15 – 17 JAMADILAWAL 1428 
  
 TENTATIF PROGRAM 
  
 JUMAAT 1 JUN 2007M – 15 JAMADILWAL 1428H 
  
 15:30   : Pendaftaran Peserta  
 16:20   : Solat Asar / Zikir  
 17:00   : Taklimat Program  
 18:00   : REHAT / MAKAN MALAM  
 19:00   : Persiapan untuk bersolat  
              Solat Maghrib / Zikir  
 20:00   : Acara Bai’at Talqin  
 20:30   : Solat Isyak / Zikir  
 21:15   : Minum ringan  (Urusetia) 
 19:30   : CERAMAH I  
              ‘ Penjelasan Tentang Zikrullah ‘ 
 23:00   : ISTIREHAT (Urusetia) 
  
  
 SABTU 2 JUN 2007M – 16 JAMADILAWAL 1428H 
  
 04:00  : Persiapan kendiri  
 04:30  : Qiyamullail  
    - solat Taubat 
    - solat sunat Tahajjud 
    - solat sunat Witr 
    - minum ringan 
  
 05:40  : Solat Subuh / Zikir / Khotaman  
 06:30  : Kuliyah 1  
 07:30  : Senam pagi 
 08:30  : Sarapan  
 09:00  : CERAMAH II (jemputan dari pejabat Mufti Perak) 
         ‘ Remaja Islam ‘ 
 10:00  : Minum dan kudapan  
 10:30  : Majlis Perasmian 
 11:30  : REHAT (Qailulah) 
 12:30  : Persiapan Kendiri  
 13:00  : Solat Zohor / Zikir  
 14:00  : MAKAN TENGAHARI  
 14:30  : CERAMAH  III ( Jabatan Pendidikan Negeri Perak) 
         ‘ Kaunseling Remaja ‘ 
 15:30  : REHAT / Minum ringan 
 16:00  : Persiapan diri  
      : Solat Asar / Zikir  
 17:00  : RIADHAH (Urusetia) 
 18:30  : MAKAN MALAM 
 19:00  : Persiapan diri  
      : Solat Maghrib  
      : Zikir / Khotaman 
      : Solat Isyak / Zikir 
 21:30  : Tarbiyah – Akhlaqul Karimah  
 23:00  : ISTIREHAT 
  
  
 AHAD 3 JUN 2007M – 17 JAMADILAWAL 1428H 
  
 04:00  : Persiapan kendiri (Urusetia) 
 04:30  : Qiyamullail  
    - solat Taubat 
    - solat sunat Tahajjud 
    - solat sunat Witr 
    - minum ringan 
  
 05:40  : Solat Subuh / Zikir / Khotaman  
 06:30  : Kuliyah 2  
 07:30  : Senam pagi  
 08:30  : Sarapan  
 09:00  : CERAMAH II (jemputan dari Polis Kontijen Perak) 
        ‘ Nasihat Buat Remaja ‘ 
 10:00  : Rehat dan kudapan  
 10:30  : Tarbiyah  
    - Benahi Diri 
    - Koreksi Diri 
    - Mawas Diri 
 13:00  : Persiapan diri 
      : Solat Zohor / Zikir  
 14:00  : MAKAN TENGAHARI 
 15:00  : Wasiat Amanat  
      : Penyampaian Sijil Penyertaan 
      : Acara Perpisahan dan Penutupan 
      : Bersurai
 
 
    

---------------------------------
It's here! Your new message!
Get  new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.
       
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, 
when. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke