PROJEK 1: RUMAH ANAK YATIM CHEMOR Asrama Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda Merayu Simpati Anda http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2865 http://tranungkite.net/backend.php
Sebuah lagi asrama anak anak yatim dan miskin memerlukan bantuan kita: NAMA : Asrama Anak-Anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin Razali TEL & FAX : 05-2011391 PENTADBIR : 016-568 2465 - En. Shaharuddin Razali SETIAUSAHA : 013-462 5955 - En. M. Ramlan Matlab EMAIL : bdmulia@ streamyx.com lagi berita dan foto di dalam Almari yang telah usang dan pecah dapur juga perlu ditambah kerana dapur yang ada tidak sesuai untuk kegunaan memakan dalam jumlah yang ramai. Alat tulis juga didaati tidak sempurna, didapati pensil yang tidak mengcukupi dan telah terlalu pendek serta anak-anak ini tidak mempunyai sebarang pensil warna dan alat geometri bagi yang bersekolah menengah. Setor juga tidak memuaskan dengan tidak mempunyai bekalan biskut, milo, susu dan tepung bihun dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan kekurangan dana dan memumpukan perbelanjaan makan rutin sahaja seperti makan tengahari dan malam. Asrama atau tempat tidur yang sedia ada untuk anak-anak perempuan tidak lengkap dengan bilangan tilam an katil yang tidak mengcukupi serta almari pakaian. Kelengkapan alatulis dan buku latihan juga tidak mengcukupi. Justeru itu kami merayu simpati dan belas ikhsan tuan/puan untuk tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan anda sebarapa ikhlas terutama untuk membeli peralatan asas untuk pendidikanseperti alatulis dan buku-buku. Semuga Allah jua yang membalas budi tuan/puan. http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1657 http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=13 http://tranungkite.net/backend.php http://tranungkite.net/ Pandanglah... lihatlah... ASRAMA ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN CHEMOR - SILA KLIK GAMBAR NAMA : TKO GLOBAL NOMBOR AKAUN :564726100475 AKAUN : ALWADIAH MAYBANK JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk) NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank) PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim Selepas bank-in, sila email ke [EMAIL PROTECTED] atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan) ATAU AKAUN ASRAMA ANAK YATIM TERSEBUT NO AKAUN : 0815-0068314-52-9 (CIMB) NAMA AKAUN : BUDIMULIA NURUL HUDA (sila hubungi asrama terlebih dahulu sebelum bank-in untuk pengesahan) TEL & FAX : 05-2011391 MOHON DI FORWARDKAN EMAIL INI KEPADA RAKAN-RAKAN. SUMBANGAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI. PROJEK 2: KEMISKINAN DI SABAH Pusat Pengajian Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud Bahagian 1: Laporan Lawatan wakil TKO Ke Sabah Oleh : RamliSdar http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2995&postdays=0&postorder=asc&start=60 Hanya dapat buat laporan yang sengkat atas sebab kesuntokan masa. Akan membuat laporan susulan dan akan menyertakan gambar2 yang telah di ambil di Sabah, insyaallah. Bermula nya azam untok ke Sabah adalah bermula dari kesah 3 orang kanak2 yang telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka. Ibu nya adalah seorang Kristian yang telah memelok Islam kerana berkahwin dengan bapa mereka seorang Islam berasal dari Kedah. Kedua2 ibu bapa ini kemudian nya telah berhijrah ke Semenanjong, dengan meninggalkan ketiga2 anak2 ini untok di jaga oleh nenek mereka yang berugama Kristian. Anak2 ini telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka tanpa berita untok beberapa tahun. Saya sendiri dah lupa berapa tahun, tetapi ada saya paparkan dalam satu artikel dan saya poskan dalam forum. Tetapi saperti biasa artikel dan forum saperti ini berapa di minati oleh pengunjong TKO. Nenek kanak2 ini yang telah tua membuat rayuan memohon bantuan agar cucu nya dapat di didek dan di besarkan dalam suasana Islam, walau pun beliau sendiri bukan lah seorang Islam. Kerana tersentoh dengan berita ini saya telah memohon agar ada rakan2 kita yang dapat membantu, sama ada mengambil mereka sebagai anak angkat, atau pun memastikan anak2 ini dapat di masokan dalam rumah anak2 yatim yang di kendalikan oleh orang2 Islam. Alhamdulillah rayuan saya di sahut oleh rakan kita dari Sabah serta dari KL. Rakan dari KL pula mengenali rakan dari Sabah, kerana usaha2 mereka yang memang pernah menolong kanak2 yang mengalami keadaan dan masaalah yang sama. Tetapi cuma 2 orang sahaja yang dapat di tempatkan di dalam rumah anak2 yatim, manakala yang bongsu maseh di pelihara oleh nenek mereka. Bermula dari kesah ini juga saya dapat tahu, rupa nya banyak lagi kes2 yang seumpama nya, berlaku dan memerlukan bantuan kita semua. Malah ketika di airport Kota Kinabalu pagi tadi saya menerima berita sedeh, Bapa yang berugama Islam telah menceraikan isteri nya. Menyebabkan isteri kembali memelok ugama asalnya, iaitu Kristian. Yang amat menyedehkan ialah si bapa, meninggalkan isteri beserta ke tujuh2 anak dalam jagaan si ibu yang sekarang berugama Kristian. Malang sungguh. Rakan2 sekarang sedang berusaha untok memastikan agar ke tujuh anak2 ini dapat di besarkan dalam Islam. Pada mulanya objektif asal ke Sabah adalah: 1. Melawat rumah anak2 yatim dan miskin di kawasan pendalaman. 2. Melawat ketiga2 kanak yang sangat menyentoh hati saya. 3. Melawat pusat pendidekan Islam Fizilallil Quran di Kg Rosok, di pinggir bandar Kota Belud. Kita plan tetapi Allah yang mengator segala2 nya. Hajat kami, ia itu, gazut, isteri tercinta dan saya hanya mampu sampai ke Pusat Pendidekan Islam Kg Sorok sahaja. Item 1 dan 2 di atas tidak tercapai. Saya tidak sangaka, tersorok hikmah yang sangat besar di sebalek semua ini. Rupa nya Allah telah menyediakan sesuatu untok kami, yang pada awal nya rasa tidak terpikul sama sekali, malah sekarang pun rasa tak terpikul. Membantu rumah anak2 yatim maseh mampu kita lakukan. Tetapi tugas yang Allah beri kali ini, adalah tugas para2 nabi dan para2 anbiya. Itu sebab rasa tak mampu tetapi terpaksa di lakukan juga atas sebab tanggong jawab sebagai seorang Islam. Kami tiba di Kg Rosok, yang mempunyai sejarah kebangkitan Islam yang amat menarek sekali. Bermula nya Islam di Kg Kg Rosok, ini adalah bermula nya dengan memelok nya Islam seorang insan, Beliau ini merupakan satu2 nya orang Islam di dalam Kampong nya. Tentu saja beliau menerima tentangan yang hebat dari ibu bapa dan ahli keluarga nya. Tetapi dengan kegigehan beliau seorang demi seorang adek beradek nya memelok nya Islam. Tetapi ibu bapa nya tetap tidak memelok Islam. Dengan berkat kesabaran anak2, akhir si ibu memelok Islam. Tetapi si bapa agak keberatan untok memelok Islam kerana sayangkan pada arak dan juga adat berdendam, yang merupakan tradisi kaum nya. Kata anak nya, bapa pelok lah Islam dulu, slow2 tinggalkan arak. Sehinggalah akhir nya si bapa memelok Islam. Dari Islam nya keluarga ini, berkembang lah ugama Islam di Kampong ini, sdikit demi sedikit. Mengikut statistik yang terakhir terdapat lebeh kurang 700 orang Islam di Kg ini. Kampong ini amat memerlukan bantuan kita untok menguatkan dan mengembangkan Islam, bukan sahaja di kampong ini, malah kalau boleh agar Islam ini berkembang di kampong sekitar dan juga seluroh Sabah. Itu lah sebab saya katakan, tugas ini amat berat sekali' Insyaallah di bahagian kedua, saya akan cuba terangkan atau berkongsi cadangan tentang peranan dan usaha2 yang dapat TKO lakukan untok membantu pengembangan ugama Islam di Sabah. Antara nya: 1. Pembangunan pusat pendidekan Islam. terdapat bangunan yang telah terlalu uzor dan perlu di ganti segera. 2. Tuition untok kanak2 Islam dan juga Kristian. Kita berharap dapat menjinakan anak2 Kristian ini ketika menghadiri tuition yang bakal di adakan. Kami telah pun memberi greenlight pada rakan di sana untok memulakan tuition ini dengan kadar segera. TKO akan menanggong gaji guru2 tuition saperti yang sedang kita lakukan di Manjoi. 3. Pembiayaan guru2 ugama. Ketika ini guru ugama memang bersemangat serta sanggup mengajar dengan imbohan sebanyak RM200 sebulan sahaja. Mereka juga merupakan anak2 didek dari pusat pendidekan Islam ini juga. Saya sedeh kerana mereka ini akan melanjutkan pelajaran mereka di pesantren di Jawa. Kemungkinana pusat ini akan di tutup, seketiadaan mereka. Saya telah merayu dan memohon pada ustaz di sana, agar pusat ini JANGAN DI TUTUP, kerana momentum akan sejok. END OF PART 1 LAPORAN GAZUT assalamualaikum tuan2 budiman.. dah lama gazut tak menulis di TKO.. skadar memerhati dr jauh... lagipun agak sibuk dengan kursus panjang.. sebenarnya kalau ikutkan hati gazut masih sekadar nak melihat TKO menari mengikut alunan di dendang.. tp setelah ke sabah dgn tuan ramlisdar n Dr, gazut rasa perlu menulis juga.. seperti yg tuan ramli tulis, asal kami ke sabah utk program meninjau rumah anak yatim, bertemu 3 bradik yang di tinggalkan bersama nenek kristian dan ke pusat tahfiz.. tp hanya 1 program yg menjadi.. pun begitu menjadi dengan begitu besar bebanan yg harus kita pikul bersama.. hari pertama sampai di KK kami di sambut oleh Cikgu Anuar, antara org yg paling banyak jasa dlm perkembangan Islam di sabah.. kami terus ke Kg Rosok tempat pusat tahfiz.. pusat pekembangan Islam bg 13 kg sekitar.. kami di sambut oleh Ustaz mustaqim.. salah seorg anak tuan tanah yg mewakafkan tanahnya utk pengenbangan Islam sebelum pun beliau memeluk Islam.. ( sudah arwah pakcik ini).. kali pertama menjejak kaki air mata gazut bagai tertumpah.. sebak yg teramat.. tanpa penerangan gazut meninjau ke sekitaran pusat.. dgn rumah penginapan yg amat daif, sebahagianya rebah di hanyut sungai.. gazut tak dapat gambarkan dimana lg gazut pernah berjumpa tempat sedaif ini.. selepas solah maghrib berjemaah, kami bertakruf bersama anak2 muda bakal ustaz.. sedar tak sedar air mata gazut mengalir mendengar cerita, kesungguhan dan pengorbanan anak2 muda dan jasabaik Ustaz Mustaqim dan beberapa penggerak pusat ini demi memartabatkan Islam di bumi sabah.. kebanyakan anak2 ini adalah dr pendalaman sabah.. termasuk anak2 muda ini adalah dua org mualaf yg bercita2 besar untuk menjadi pendakwah di kg masing2 kelak apabila kluar dr pusat ini.. pusat ini di tadbir oleh satu jawatankuasa dalam keadaan peruntukan yg ketat akibat dr kekurangan dana utk menaja anak2 ini.. makanan mereka sekadar ala-kadar.. kadang2 kena berpuasa.. penempatan mereka pada gazut tidak layak diduduki oleh org2 yg begitu besar kedudukan & tempatnya dalam masyarakat kita Islam.. tp itulah hakikat yg gazut lihat.. pun begitu gazut puji org sabah.. dalam keadaan mereka sedaif itu... masih sempat mengadakan keraian utk menyambut kami.. ( Ustaz sattar berkias mengatakan mereka mengadakan hari keluarga... ampun tuan).. siap tumbang lembu sekor buat akikah.. insya ALLAH gazut rasa banyak yg patut kita lakukan untuk pusat ini.. p/s: rasa bersalah pd tuan ramli kerana gazut ajak tuan ramli naik bas ke KL Sentral dr LCCT.. dompet tuan ramli di copet penyeluk saku di Kl Sentral.. dah la pegi sabah atas duit poket sendiri.. moga ALLAH memberi ganjaran yg terlebih baik dr yg hilang itu.. SILA KLIK GAMBAR/THUMBNAIL UNTUK BESARKAN GAMBAR Gambar-gambar hostel sementara pelajar, bangunan-bangunan ini kebanyakannya sudah uzur. Ada setengah hostel sekarang ini tak dapat digunakan kerana tidak selamat kerana hakisan sungai yang amat serious. KEADAAN DIDALAM ASRAMA SILA KLIK GAMBAR/THUMBNAIL UNTUK BESARKAN GAMBAR sedeh hati melihat keadaan tempat tinggal pelajar yang amat daif. Mereka tidak punya katil. Kalau ada pun katil, adalah katil yang di buat sendiri dari kayu terpakai. Gambar asrama pelajar pondok. Bawah Hujong kat corner sekali tu dapor tempat memasak. Mereka maseh menggunakan dapor kayu di asrama. SEMUA URUSAN PEMBERIAN/KEMASUKAN DUIT BOLEHLAH MELALUI AKAUN RASMI TKO GLOBAL PENAMA : TKO GLOBAL NO. AKAUN : 564726100475 (ALWADIAH MAYBANK) SILA SMS TENTANG BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN KEPADA WAN_JTK DI 0133931057 JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk) NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank) PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim PROJEK 3: KEM IBADAH ANAK SOLEH --------------------------------- BORANG PENYERTAAN http://www.scribd. com/doc/49344/ BORANG-PENDAFTAR AN Kepada tuan-puan yang tak dapat menghantar anak masing-masing ke program ini, apakata kalau tuan-puan menaja seorang atau lebih anak-anak yatim ini. Sumbangan tuan-puan amat-amat dialu-alukan. KEM ANAK SOLEH "Menjana Peribadi Anak Soleh" TKO Global telah menganjurkan satu program motivasi kepada anak-anak TKO bagi memanafaatkan cuti sekolah yang akan datang. PROGRAM : KEM ANAK SOLEH Tarikh : 1hb - 3hb Jun 2007 bersamaan 15 - 17 Jamadil Awal 1428 Tempat : KEM TIMAD, ULU CHEPOR, PERAK Penyertaan : Terbuka kepada Pelajar-pelajar Sekolah Rendah & Menengah. Penyertaan Anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman Manjoi adalah percuma. Anjuran : TKO Global dengan kerjasama Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman Manjoi Bayaran : RM120.00 untuk tiga hari dua malam. Bayaran termasuk makanan dan penginapan. PENGENALAN Program Kem Ibadah Anak Soleh merupakan program julung kali diadakan di mana ia melibatkan anak-anak yatim dan miskin daripada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman. Sejajar dengan tema program "Menjana Peribadi Anak Soleh", maka pihak urusetia telah merangka modul-modul yang bersesuaian bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan dalam program ini. Penekanan modul lebih kepada aspek-aspek pentarbiahan rohaniah di samping pengisian jasmaniah. OBLEKTIF 1. Mendidik generasi muda menjiwai nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 2. Mendedahkan peserta dengan ilmu - ilmu di dalam ibadah khusus dan ibadah umum. 3. Memupuk rasa kehambaan kepada Allah S.W.T dan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasul. Program Kem Anak Soleh ini merupakan satu medium atau wadah terbaik untuk menyemai nilai-nilai kerohanian dalam diri peserta. Diharapkan dengan adanya program berbentuk sebegini dapat memberikan satu momentum kepada peserta kearah penyediaan rohani dan jasmani mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam dan secara langsung dapat melahirkan insan-insan yang mempunyai peribadi muslim yang unggul dan memberi kesejahteraan kepada kedua ibu bapa. Jika ada sebarang pertanyaan sila email di - online.voice@ gmail.com KEM IBADAH ANAK SOLEH BERTEMPAT DI KEM TIMAD ULU CHEPOR PERAK BERTARIKH : 1 3 JUN 2007/ 15 17 JAMADILAWAL 1428 TENTATIF PROGRAM JUMAAT 1 JUN 2007M 15 JAMADILWAL 1428H 15:30 : Pendaftaran Peserta 16:20 : Solat Asar / Zikir 17:00 : Taklimat Program 18:00 : REHAT / MAKAN MALAM 19:00 : Persiapan untuk bersolat Solat Maghrib / Zikir 20:00 : Acara Bai'at Talqin 20:30 : Solat Isyak / Zikir 21:15 : Minum ringan (Urusetia) 19:30 : CERAMAH I ` Penjelasan Tentang Zikrullah ` 23:00 : ISTIREHAT (Urusetia) SABTU 2 JUN 2007M 16 JAMADILAWAL 1428H 04:00 : Persiapan kendiri 04:30 : Qiyamullail - solat Taubat - solat sunat Tahajjud - solat sunat Witr - minum ringan 05:40 : Solat Subuh / Zikir / Khotaman 06:30 : Kuliyah 1 07:30 : Senam pagi 08:30 : Sarapan 09:00 : CERAMAH II (jemputan dari pejabat Mufti Perak) ` Remaja Islam ` 10:00 : Minum dan kudapan 10:30 : Majlis Perasmian 11:30 : REHAT (Qailulah) 12:30 : Persiapan Kendiri 13:00 : Solat Zohor / Zikir 14:00 : MAKAN TENGAHARI 14:30 : CERAMAH III ( Jabatan Pendidikan Negeri Perak) ` Kaunseling Remaja ` 15:30 : REHAT / Minum ringan 16:00 : Persiapan diri : Solat Asar / Zikir 17:00 : RIADHAH (Urusetia) 18:30 : MAKAN MALAM 19:00 : Persiapan diri : Solat Maghrib : Zikir / Khotaman : Solat Isyak / Zikir 21:30 : Tarbiyah Akhlaqul Karimah 23:00 : ISTIREHAT AHAD 3 JUN 2007M 17 JAMADILAWAL 1428H 04:00 : Persiapan kendiri (Urusetia) 04:30 : Qiyamullail - solat Taubat - solat sunat Tahajjud - solat sunat Witr - minum ringan 05:40 : Solat Subuh / Zikir / Khotaman 06:30 : Kuliyah 2 07:30 : Senam pagi 08:30 : Sarapan 09:00 : CERAMAH II (jemputan dari Polis Kontijen Perak) ` Nasihat Buat Remaja ` 10:00 : Rehat dan kudapan 10:30 : Tarbiyah - Benahi Diri - Koreksi Diri - Mawas Diri 13:00 : Persiapan diri : Solat Zohor / Zikir 14:00 : MAKAN TENGAHARI 15:00 : Wasiat Amanat : Penyampaian Sijil Penyertaan : Acara Perpisahan dan Penutupan : Bersurai --------------------------------- Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and always stay connected to friends. --------------------------------- Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links. --------------------------------- Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today! [Non-text portions of this message have been removed]
