BARU-BARU
ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan
ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara
berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun
dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.
Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya
ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai
sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya
tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan.
Sekian, terima kasih.
Tijah2Tan
Saudari Tijah2Tan,
Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda),
doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang
berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).
Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam
kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda
jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.
l Bahagian
utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji
seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda.
Lemak mengandungi lebih banyak kalori - sehingga dua kali ganda
berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang
sama.
Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda;
apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di
sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih
daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.
Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat,
kerepek dan pai.
l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia
mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh
tetapi kurang kalori.
l Umumnya, makanan lemak rendah
adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan
minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti
alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman
utama anda berbanding minuman ringan.
* Makan sebanyak
tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik.
Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan
anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan,
sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara
berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang
ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.
* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa
melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari
dan tingkatkannya dari situ.
Sebarang tambahan baik dari
segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah
digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada
setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit,
sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.
* Realistik.
Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda
tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan
mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan
berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).
* Yang terbaik
adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau
mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda
mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya
dihapuskan.
Penurunan berat badan antara setengah hingga 1
kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu
kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil
sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini
sehingga tiga bulan.
* Maklumkan kepada orang lain
mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada
ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi.
Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan
berhampiran anda.
Untuk mengurangkan berat badan secara
berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat
badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat
terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet
sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan
seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga
berjaya!
Jawapan dikelokan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Rawatan
Bersalin Wanita India,Petaling Jaya
Dr. SharkMa
regards,
____________________________________________________________________________________
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545433
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Guru-Malaysia/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Guru-Malaysia/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/