>Assalamualaikum Muslimin / Muslimat, 
> 
> 
>Untuk renungan dan peringatan bagi kita semua. 
> 
> 
> 
>KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI 
> 
>Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada 
>anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya 
ada 
>kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya 
ada 
>satu 
>permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di 
tangan 
>kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka 
sebutlah "Kapur!", 
>jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" 
> 
>Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru 
>bersilih-ganti 
>mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. 
>Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang 
perhatikan. 
>Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat 
>kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti 
tadi, tentu 
>saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk 
>mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak 
kekok lagi. 
>Selang beberapa saat, permainan berhenti. 
> 
>Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita 
>umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita 
>begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita 
memaksakan 
>kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara 
yang 
>haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar 
bagi 
>kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan 
dengan 
>pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa 
>dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh kita 
>tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni 
akidah/hukum 
>Islam 
>dari masa ke semasa. 
> 
>"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, 
Zina 
>tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, 
tanpa 
>rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, 
hiburan 
>yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, 
>materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain 
lain." "Semuanya 
>sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit 
>menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" 
tanya 
>Guru kepada anak muridnya. 
> 
>"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya...... 
> 
>"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang 
anda 
>berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya 
mengambil 
>Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" 
> 
>Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan 
>selainnya. 
> 
>Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia 
ambil 
>Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, 
>begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan 
>memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan 
>menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam 
>dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-
ansur, 
>sehingga kita tidak sedar. 
> 
>"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak 
yang 
>kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang 
kuat. 
>Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai 
dgn 
>tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan 
dulu, 
> 
>kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru 
rumah 
>dihancurkan. ..." 
> 
>"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan 
>menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan 
kita. 
>Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, 
sehingga 
>meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan 
>mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini 
>semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah 
yang 
>dijalankan oleh musuh musuh kita... " 
> 
>"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, 
cikgu?" tanya 
>murid- murid. 
> 
>"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya 
Perang 
>Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." 
>"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak 
akan 
>sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, 
>kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". 
> 
>"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari 
kita 
>berdoa dahulu sebelum pulang..." 
> 
>RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. 
> 
>TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ 
DAN 
>HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR 
BAHAWA 
>AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! 
> 
>UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN 
DENGAN 
>KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN 
HARGA 
>DIRI!! 
> 
>JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH 
HANYA 
>BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 
>LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT 
TAPI 
>KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. 
> 
>YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang 
>bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 
Islam 
>kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk 
>dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR 
> 


Kirim email ke