Banyak isu pendidikan. Anak-anak membesar di rumah mendapat pendidikan 
dan dicorakkan oleh persekitaran keluarga kemudian di lanjutkan lagi ke 
sekolah untuk disempurnakan pendidikan oleh guru-guru.

Seorang sahabat memberitahu bahawa guru-guru Malaysia dapat di 
kategorikan kepada dua golongan besar:

1. Guru yang ke sekolah semata-mata mahu mendapatkan gaji hujung bulan 
dan bonus hujung tahun. 

2. Guru yang ke sekolah, telah sedia tahu bahawa hujung bulan dapat 
gaji dan jika ada rezeki hujung tahun dapat bonus tetapi dia ke sekolah 
untuk menjalankan amanahnya - mendidik.

Sungguhpun kedua-dua golongan ini pada asasnya sama iaitu guru, namun 
RASA yang mereka bawa adalah berlainan.



Kirim email ke