Keluhan perindu
Akhir ini,
Dia tidak lagi disini
Menantiku dengan harum kasturi
Dengan kesucian kelopak melati
Mungkin dia telah pergi
Terpetik duniawi
Meninggalkan ku mati
Sendiri..
Akhir ini
Maksud ini jelas mengatakan waktu.
Dia tidak lagi disini
Maksud ini juga jelas mengatakan situasi
Menantiku dengan harum kasturi
Disini, menantiku dengan harum kasturi, Dads rasa ramai yang tak dapat tangkap
maksud disebalik kata-kata nie. Untuk maksud "harum kasturi" sebagaimana
layaknya harum atau bau kasturi ( dulu adalah wangian diraja dan persembahan
untuk makluk ghaib seperti bunian) membawa maksud, bertapa wanita itu terlalu
yang teramat sangat menyanjungi dan menhargai perhubungan yang terjaling antara
mereka. Tanpa sebarang cacat cela dan sedikit pun kekurangan.
Dengan kesucian kelopak melati
Disini juga, Dengan kesucian kelopak melati. ( bunga melati adalah hiasan
sanggul dan mandian puteri raja juga berkait dengan alam ghaib dan juga di
gunakan dalam perubatan untuk menaikan seri) Membawa maksud bertapa sucinya,
berharganya dan teristimewanya wanita yang dimaksudkan.jadi cubalah bayangkan
bertapa teristimewanya wanita itu pada perindu. Secara ringkas, wanita itu
umpama puteri kayangan yang langsung tiada cacat cela walau hanya sekelumit
hama sekalipun kekurangan pada perindu tak kira dari segi zahir atau batin.
(wow... melampaunya)
Mungkin dia telah pergi
Walaupun ringkas ayat nie, tapi cukup untuk mengambarkan kekecewaan, dan
maksudnya jelas.
Terpetik duniawi
Ramai yang suka ayat nie.. Sebab ramai yang faham. Terpetik membawa maksud "
terikut atau terpengaruh,dan untuk maksud duniawi adalah kehendak dunia yang
penuh dengan pancaroba atau noda atau perkara-perkara yangtak elok yang
menjerumuskan pada kesesatan, kealpaan dan sebagainyayang berkait.
Meninggalkan ku mati
Sendiri..
Siapa tahu maksud nie? Meninggalkan ku mati bermaksud bertapa hancurnya
perasaan, harapan, dan impian yang teramat-amat. Penambahan perkataan sendiri
pula adalah untuk menyokong dan menguatkan lagi maksud kehancuran tu, sehingga
tiada sebarang kata lagi untuk mengambarkanya.
Habis bahagian huraian puisi.
Ok.. Dads buat ini adalah sebagai runjukan pada sesetengah penulis yang kini
terlalu asyik mengarang puisi puisi panjang. Yang kadang dads rasa puisi itu
adalah kosong, bayangkan.. hanya untuk menjelaskan sebiji epal yang masam
memerlukan berbaris baris ayat. yang kadang buat kita muak atau langsung tak
faham apa sebenarnya yang ingin di sampaikan. Dads ada komen beberapa puisi
mengatakan watak utama tenggelam. Sebenarnya di sebabkan perkara seperti
ini. tak salah untuk menulis panjang tapi biarlah watak watak yg di mainkan
kekal hidup.
Dan lagi.. Kita sebagai pembaca.. Apabila menhayati puisi.. Berapa perenggan
puisi yang kita hayati. Tapi kalau Dads yang membaca. Hanya 4 perenggan
sahaja yang mampu dads hayati, dan selebihnya sekadar membaca. Melainkan kalau
4 perenggan yang dads baca tu mampu mengetar atau menarik hati dads untuk terus
membaca baru dads mampu untuk menhayati perenggan seterusnya.. Tu pun paling
banyak 2 perenggan sahaja, dan selebihnya hanyalah sekadar membaca atau
menjeling.. tapi kalau puisi memang tak lari atau untuk babak seterusnya adalah
penguat untuk watak utama ia memang sesuatu yang boleh di banggakan.
Ermm... Mengenai puisi pendek nie satu perkara lagi, Kalau yang lebih dari 3
baris tu dads ok lagi. Tapi yang 3 baris terkurang nie. Tak puas baca satu, Dan
kadang dads tak dapat tangkap pun maksud puisi ini. Dan Dads juga tak dapat nak
feel pun membaca. Kadang tu rasa nak je suruh dorang nie panjangkan puisi tu
sekurangnya cukup untuk 1 perenggan, kalau betul puisi tu bermutu atau terlalu
kretif. Tapi entahlah.. Sebab yang menulis nie dari golongan bijak pandai,
mungkin Dads belum sampai ke tahap nie kot. dads tau memang puisi ini ada
dalam senarai puisi. Tapi untuk post atau bacaan umum elok kita jelaskan apa
isi puisi tu.
Ini satu lagi yang dads perhatikan ( sebenarnya dah terlupa, fai ingatkan)
kepada penulis penulis yang over kretif, dengan karya-karya yang terlampau
puitis, dengan pengunaan- pengunaan kosakata, watak-watak, tempat-tempat dan
objeb atau simbol-simbol tertentu (metafora) dalam puisi. Kalau boleh buatlah
satu penjelasan kat bawah puisi-puisi tu agar orang yang membaca boleh faham.
sebab kita di kapasitor ada dari kepelbagaian peringkat fahaman, umur, kaum dan
gred-gred( boleh ke masuk gred-gred nie). jadi bukan semua tahu dan boleh faham
apa yang kita tulis kalau bukan kita sendiri yang menjelaskan perkara-perkara
tersebut.
Nie nasihat untuk semua.. Menulislah dengan hati, jiwa, roh dan akal.. Sebab
ia mampu menhasilkan satu karya yang cukup istimewa. Jangan paksa diri apabila
menulis. begitu juga dengan waktu. jangan letak sebarang waktu dalam menulis.
biarlah penulisan itu sendiri yg menentukan waktu tu.. Kita akan mampu buat
yang terbaik. Buang kata kata AKU TAK DAPAT BUAT, AKU TAK BOLEH BUAT, AKU TAK
SEHEBAT SI POLAN SI POLAN NIE. Sebab perasaan macam nie hanya akan melemahkan
karya penulisan. Tanamkan AKU MENULIS DENGAN APA YANG AKU RASA, DENGAN HATI DAN
PERASAAN. Satu lagi, sila terima komen komen yang diberi dan jadikan ia
panduan. Bukan saja saja mereka nie nak komen. Semua tu adalah ilmu yang harus
kita ambil.
Ok laa... good luck.. dah panjang sangat berleter.
ps: Dads dah semak apa yang dads tulis nie, tapi kalau masih ada kesilapan dari
segi ejaan atau penyampaian sila nyatakan dalam komen? ( dads orang ganu, sebot
sipe sipe je, tu kadang ejaan byak silap)
ps/ nie sebenarnya sebahagian dari artikel blog.. tapi saje nak kongsi.
Click to join Alhaddads
Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
http://sg.travel.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]