Dah terlalu lama rasanya kita berkongsi satu cerita
dalam ruang yang sempit ini untuk menarik nafas bersama
dari oksigen oksigen yang semakin pekat,
melalui tiap saluran jantung bagai terlalu lambat
untuk memenuhi setiap rongga-rongga yang kosong.
menghantar darah keseluruh anggota agar kita masih mampu untuk ketawa
berbisik cerita cerita dunia yang makin hanyir lekit dan bernanah,
menari rentak sumbang di kelab-kelab dengan hidangan-hidangan syaitan
hanyut, dan terus hanyut dalam malam bagai kelawar kelawar bermata merah
lupa tuhan, lupa pencipta, lupa jalan untuk pulang, tersesat dan terus sesat..
Kita hias taman dengan jambangan-jambangan mawar hitam
dari kelopak yang kita saksi cantik dengan duri-duri yang berbisa tajam
yang mampu mengguris tiap tangan yang cuba menyentuh durja
berbisa menusuk kesetiap darah yang mengalir lekit dengan sisa-sisa dunia
membunuh anggota sedikit demi sedikit dalam diri masih lagi ketawa
meratah iman-iman nipis yang tertinggal di cawan-cawan kopi masjid
yang datang dalam temasya jemputan-jemputan keramaian
bertemu kawan berhibur di samping mencuci mata mencari teman suka
ketawa, lupa, alpa dalam gema doa iman mengaminkan keramaian
kerana jiwa hadir bersama teman-teman nafsu hancing bau kencing syaitan
Arggg....!! Dunia hari sememanya terlalu kalut untuk kita berbicara
tentang nanah lumpur yang mencalit setiap anak bangsa yang semakin lupa
pada kitab, pada rasul pada agama dan budaya yang kita junjung bermaruah
memenuhi dada-dada akhbar dengan cerita-cerita liar lagi mual tersangkut di
halkum
lantas rasa malu tercalit pada diri sendiri berlumur arang dari dapur kayu
moyang
Arggg...!! apalagi mahu bicara kalau dahi sendiri sukar bertemu sejadah menunai
wajib
menadah doa di awal malam selepas sunat apalagi mahu berdoa dalam sujud tahajud
lantas apa lagi mahu dirungut kalau beras berganti gandum kalau segar berganti
kering
kerana kita sendiri yang menentunya arah kita kembali, dalam menuai janji
menunai bakti.
Syed Badrul hisyam Alhaddad
Click to join Alhaddads
Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
http://sg.travel.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]