Tanah ini Semalam ku datang di saat tegak mentari Berdebu Tanah ini Hari ini ku datang di saat hujan mencurah Berlumpur
Tanah ini Debumu mengotorkan pakaianku Membuat aku payah untuk celik Tanah ini Lumpurmu mengotorkan sepatuku Membuat aku payah untuk melangkah Ah..!!! Tanah ini, kau buat ku payah Bersama senyum dan kesyukuran Huraian puisi.. Tanah ini Semalam ku datang di saat tegak mentari Berdebu --> Perenggan pertama ini adalah merujuk pada tanah air kita (Malaysia) dan keadaan di zaman penjajahan sebelum merdeka di mana rakyat sering berada dalam keadaan ketakutan atau kepanasan, sehingga harapan dan nasib terlalu sukar untuk diduga ia dikuatkan dengan perkataan 'berdebu'. Tanah ini Hari ini kudatang di saat hujan mencurah Berlumpur --> Perenggan kedua ini menjelaskan mengenai dunia hari ini, walaupun negara sudah merdeka tapi tetap berada dalam dilema dengan noda dan lumpur dunia hari ini. Tanah ini Debumu mengotorkan pakaianku Membuat aku payah untuk celik --> Perenggan ketiga ini menceritakan tentang rakyat atau isi keadaan pada zaman sebelum merdeka, mungkin kita tahu betapa berharganya pakaian dan sukarnya rakyat pada waktu itu untuk mendapatkan sehelai pakaian yg sempurna dalam keadaan rakyat yang sering berada dalam ketakutan dan serba kedaifan yang tak mampu untuk bermimpi. Tanah ini Lumpurmu mengotorkan sepatuku Membuat aku payah untuk melangkah --> Perenggan keempat ini, sebagaimana yang atas tapi pada hari ini, dalam tanah air yang pesat membangun, harga sepatu(kasut) yang harganya kadang ratusan ringgit yang hanya berada di tapak kaki. Namun begitu, masih lagi ada cabaran yang kita lalui hari ini dengan pelbagai genjala sosial penagihan dan sebagainya. Ah...!!! Tanah ini, kau buat kupayah Bersama senyum dan kesyukuran --> Perenggan kelima (terakhir) bermaksud keluhan kesukaran dalam menjalani kehidupan. Tetapi untuk baris seterusya (bersama seribu senyum dan kesyukuran) membawa maksud, "kepuasan" sebab walau apapun dugaan yang kita lalui dari dulu hingga kini, semuanya membuat kita lebih dewasa dan tahu bagaimana untuk meneruskan hidup ini. Dan kita mampu berbangga dengan apa yang telah kita ada dan apa yang telah negara capai. Syabas Malaysia! Jadilah kita anak bangsa yang berguna. - Tamat huraian puisi - Renungan bersama.. (1) Dads harap selepas ini kita semua akan lebih tahu bagaimana untuk memahami atau mendalami sesebuah puisi untuk mengetahui isi sebenar yang ingin disampaikan penulis. Sebab tak semua puisi membawa maksud yang jelas sebagaimana yang kita baca. Contohnya sebagaimana puisi kali ini, Dads tahu ramai yang hanya faham tentang hati yang berkecamuk bak kata orang ludah mati mak telan mati bapak, kemudian tersenyum di baris akhir. Berfikirlah sedalamnya kalau dapat sehingga di luar kotak pemikiran. Tapi ini adalah penjelasan dari penulis. Yang hakikatnya puisi membawa pada seribu maksud yang bermakna, yang penuh cerita dan ilmu di dalamnya. Cuma terpulang kepada pembaca untuk mencari dan mengali cerita-cerita dan ilmu yang tersembunyi di sebalik puisi-puisi yang dibaca, yang kadang pula fahaman si pembaca lebih indah dari apa yang berada di kotak pemikiran penulis. Dan ini adalah satu keajaiban pada sesebuah puisi. Bacalah puisi dengan penuh penghayatan, sertakan hati dan jiwa. (2) Metafora dan kosa kata ini sebenarnya adalah untuk mengindahkan dan memberikan satu semangat baru pada puisi dan menjadikanya lebih abstrak dan unik selain dari menjelaskan sesuatu maksud tertentu dalam berpuisi. Sebagai seorang penulis dan pengemar puisi yang ingin melangkah jauh dalam dunia ini kita perlu untuk mendalami perkara sebegini. Tetapi kepada penulis apabila kita sudah tahu perkara ini, adalah baik untuk kita kongsikan ini dengan pembaca yang lain, jika tidak, sia-sia saja 'mutiara' pada mereka yang tidak tahu, umpama kera mendapat bunga. (3) Ini adalah perkongsian jujur dari beberapa orang penulis lain. Dalam konteks mendalami puisi:- [A] TheRain (Zu), Penulis yang gemar kepada penulisan dan pembacaan yang abstrak dan unik. Pada 16-04-2008, _theRain_ telah menulis: saya slalu percaya yg menulis ni kena bebas. kena spontan dan jujur. itu perasaan dan emosi penulis. di situ identitinya. saya peminat tulisan puisi yg abstrak dan unik. sebab saya suka pada dwi/keliaran makna. simbolik etc. tapi, tak semua org mcm saya. ada yg suka bacaan direct dan senang faham. audience ada macam2 kan... utk patern manusia mcm saya, saya tak perlukan penerangan dari penulis. biasanya, saya akan 'baca' setiap satu perkataan di situ (mmg parah). tapi, tak perlulah ikut cara ini. kot saya dilahirkan 'abnormal' sikit ke... tapi, ada sesetengah tulisan berat kepada identiti grafik (mcm tulisan penulis yg pakai nick: Sampah). cara ini maybe kena struggle sikit kot. nk ajak pembaca share pembaharuan ini mmg lambat. sbb ada yg kata ia tak berbaloi dlm teori 'penulisan skima'. tapi kalau nk diikutkan apa yg saya tahu. masa diskusi ala2 lepak (di Indo, kita panggil 'kopi darat') dgn kwn2 moderator esastera dan PENA tu(M'sia). plus pakcik hensemku sastrawan negara, abang kemala. ia masih sebahagian dari lisensi puisi. selama analogi penceritaan di jaga. prismatis. dan mcm2 teori pembuatan puisi tdk diabaikan. satu lagi tentang puisi yg kita kena tahu. jgn terlalu deskriptif. perkembangan tema harus ada. puisi yg terlalu deskriptif akan mengarah kepada prosa cerpen. prosa liris. ramai yg tdk sedar ini. sejak kapasitor masuk kosmo nih, feedback sgt wahhh... ramai yg berbakat. ramai yg kreatif. yg memang ada teras dalam teori penulisan nih, harap boleh berkongsi ilmu. ruang komentar adalah ruang pembelajaran secara tidak formal di sini. mari amalkan budaya itu oke. semangat! selamat menulis, Zu [B] Myelina Tashiro, Penulis yang selalu menulis puisi-puisi cinta dari kepelbagaian aspek cinta. Pada 16-04-2008, myelina telah menulis: alhaddads (Tuan Syed): Puisi awk ni menyentuh, menyentuh hati nurani setiap pembaca, awk ada cara sendiri tulis puisi...nice...cuma klu menulis puisi-puisi romantik jgn smpi kedengaran lewah-lewah atau terlalu melankolik, kita mahu puisi romantik yg 'menyentuh' bukan sesuatu yg memualkan, lalu membuat pembaca rasa geli geleman. Dan ejaan dalam sesebuah puisi juga adalah penting. Ps: puisi Dads yang dimaksudkan adalah puisi yang dalam artikel sebelum ini, bertajuk Keluhan Perindu. [C] Sampah, Penulis yang mengunakan tulisan berat kepada identiti tersendiri Pada 18-04-2008, sampah telah menulis: aisehmen. seryes sy mmg tak reti apa2. belajar SPM pon main2. sy henjut je.(dgn rasa jujur) mana de rahsia apa2. semuanya tentang cara kita 'melihat' diri dan alam sekeliling. pengalaman.baik ke buruk.mmg ada harga tersendiri. dan ni ada la sikit tips yg sy guna pakai sampai ke hari ini. A Samad Said ada ckp rajinkan membaca.baca apa pon. err encik pemotong rumput pon cakap mcm tu gak. (sy masih cuba utk merajinkan diri yg semulajadi sloath) ada gak orang kata kena rajin mencatit. sediakan buku nota kecik. kalo handphone ada note pon bagus gak. sebb kadang2 idea yg menarik ni datang dgn tiba2 je en. dan sila baca artikel yg akan sy paparkan di blog sy sebentar lagi. artikel yg ditulis oleh Mr A Asohan. mungkin berguna. dan sy rs tak perlu kagum sngt dgn picisan mcm sy ni.semua orang pon boleh. bersamalah kita menuju kejayaan. hoho Link blog yang beliau katakan sila klik di bawah. http://www.kapasitor.net/community/post/1011 Ps: Masih ada dua orang penulis yang Dads ingin minta sedikit perkongsian ilmu penulisan puisi sebenanrnya. Iaitu penulis puisi pendek atau lebih dikenali sebagai Haiku dalam bahasa jepun. Dan satu lagi Penulis yang juga mengunakan identiti grafik. Dads Harap mereka sudi untuk meluahkan sedikit ilmu untuk dikongsi, selepas ini. Dads harap dengan sedikit perkongsian dan huraian ini mampu untuk kita kongsi bersama.. selamat berkarya. Click to join Alhaddads Syed Badrul Hisyam Alhaddad Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel http://sg.travel.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed]
