Kedaifan..
Jelas terpamer di raut mu
Perit jerih dan payah
Menjemputku menyelamimu
Dari liku yang engkau lalui
Jelas..

Rumahmu...
Hanya beralas tikar usang
Terdampar tanpa hiasan
Sunyi tanpa kemajuan
Kosong dan lengang
walau hampir duabelas purnama
Hiba

Suara dilontar isterimu
Lelah kesyaduan
Wajah mengungkapkan 
Seribu  kepayahan 
Dari nyawa sulung
Yang menanti lahir
Tanpa persiapan...
Sedih..

Air mata bercucuran
Dari kelopak suci
Warisan kemiskinan
Hidupmu sesukar ini..
Walau keringat deras mengalir
Di celah celah
Pencakar Pencakar Langit..


Puisi ini merujuk kepada kehidupan sepasang suami isteri di sekitar tempat 
tinggal saya, dan saya lawati semalam selepas solat isyak kerana beliau 
bertanyakan kerja-kerja part time dengan saya beberapa hari lalu. secara tak 
langsung merungkai semua nie. sedih juga melihat kehidupan yang beliau lalui. 
Tambahan pula dengan keadaan isteri beliau yang sedang sarat mengandung.

Ada tak jenis-jenis bantuan yang dapat membantu mereka, dan satu lagi, 
bagaimana untuk mohon rumah-rumah majlis perbandaran? sekurangnya murah sikit 
sewa.  Ada tak sesiapa yang boleh tolong? Kalau ada sila email pada saya.. 
Kawasan Petaling Jaya.

Errmm... nie no akaun yang saya ambil dari  beliau 
kepada yang ingin membantu

Haslina binti Md Yasin
No Akaun: 164164844719
Bank: Mybank.


 
   



Click to join Alhaddads 

 
                Syed Badrul Hisyam Alhaddad
WEB ILMU DAN JALINAN UKWAH



       
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke