Kenal Unit Trust: Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin
menerangkan mengenai pemilihan akaun pelaburan di unit trust. Dah sedia? GO!

 

Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?

1)      Sebagai tabung kecemasan - Dari segi psikologi manusia perlu rasa
selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan
kena buang kerja. 

2)      Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung
pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram
pembelian rumah. 

3)      Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran
pencen / tabung KWSP. 

4)      Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tampa bekerja
sendiri. 

 

Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan
faktor-faktor berikut:

1)      Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?

2)      Apakah risikonya?

3)      Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?

4)      Bolehkan ia dicairkan?

5)      Berapakah harga pulangannya?

6)      Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification)?

 

Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak
mereka:

1)      Pesara:

-                                                               Contoh
Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan

-                                                               Langkah yang
diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah yang bermotifkan
pendapatan, akaun mudharabah dan saham blue-chip.  Sentiasa pantau kadar
pendapatan yang diterima dari potfolio pelaburan. Untuk mengatasi inflsi
sebahagian kecil modal patut dilaburkan dalam tabung lebih berisiko. 

 

2)      Pasangan dengan anak dewasa

-                                                               Contoh
Wawasan: Untuk Persaraan

-                                                               Langkah yang
diambil:Simpan sebahagian wang dalam peaburn yang konservatif/ berisiko
rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan pelaburan berisiko lebih
tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun menyediakan tabung untuk bayaran
bil pengajian yang tinggi. Mengkaji sumber-sumber bantuan kewangan /
pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan yang ada samaada mencukupi. Jika
tidak mungkin berusaha menambahkan pandapatan. 

 

3)      Pasangan dengan anak bersekolah

-                                                               Contoh
Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian

-                                                               Langkah yang
diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk kecemasan dahulu sebelum mula
melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi
seperti unit amanah pertumbuhan (grows funds). Tujuannya untuk mengatasi
inflasi. Pelabur yang mempunyai selera risiko yang tinggi boleh menggunakan
unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif. 

 

4)      Pasangan dengan bayi/anak kecil

-                                                               Contoh
Wawasan: Rumah yang lebih bagus

-                                                               Langkah yang
diambil: Pilih rumah yang sesuai - boleh jadi tempat tinggal serba boleh
juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum melabur pastikan sudah
ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji, insuran pendapatan, dan
insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit amanah jenis berimbang
(balance fund) atau ASB.

 

5)      Bujang

-                                                               Contoh
Wawasan: Kereta, rumah

-                                                               Langkah yang
diambil: Elakkan tabiat belaja berlebihan dengan mengabil skema pelaburan
'paksaan' secara potongan gaji dalam akaun insuran/ takaful. Untuk wawasan
jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan harus diletakkan dalam
akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada barulah melabur dalam unit
amanah.

 

Artikel dipetik & ringkasan dari:

Pemilihan Akaun Pelaburan, Mingguan Wanita, P46, Ogos 05

 

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simpanan di unit trust dengan
lebih mendalam? 

Sila hubungi saya di:

 

Nizam

Perunding Unit Amanah

 

HP:      016-2191 808

Email:   [EMAIL PROTECTED]

YM      : nizamkem2003

Skype  : nizam808

 

Pelaburan di unit amanah (unit trust) secara tunai dengan permulaan serendah
RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga
Layak melabur dengan menggunakan wang KWSP apabila akaun 1 anda telah
melebihi had asas (RM) simpanan yang ditetapkan oleh KWSP. Sila hubungi saya
untuk mendapatkan lebih info mengenainya. 

 

 

 

 

 



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke