Ulasan Buku Berita Harian Iqra: Merungkai kekeliruan seks secara menyeluruh oleh Hasliza Hassan
Buku ini juga membentuk keadaan sebenar mungkin sedang dan pernah dilalui pembaca dengan diselitkan unsur nasihat, kaunseling serta motivasi kepada pembaca dengan harapan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah membelenggu. Selain itu, buku ini turut mengemukakan hukum, fatwa dan pandangan ulama besar berdasarkan kepada rujukan diyakini. Pembaca dan ahli akademik boleh merujuk kepada nota rujukan disediakan pada setiap jawapan. Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya juga membicarakan hal perundangan seperti tuntutan fasakh berpunca daripada masalah hubungan kelamin serta sumpah membabitkan hubungan antara suami isteri. Begitu juga dengan amalan membuat rakaman video dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) lucah, yang menjadi amalan pasangan hari ini untuk menunjukkan rasa cinta mereka turut diketengahkan supaya diberi perhatian sewajarnya. Selain perbuatan itu jelas haram, akibat daripada rakaman itu akan mendatangkan kesan buruk terutama jika diperoleh oleh orang yang tidak bertanggungjawab seperti sudah berlaku dan dilaporkan media. Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan turut menjadi perhatian penulis untuk dikongsi bersama pembaca. Bagaimana dengan khunsa? Bab 16 buku ini dapat memberi jawapan kepada persoalan berkaitan khunsa. Sebagai maklumat tambahan, penulis menyertakan ruangan sketsa yang menyediakan panduan, nasihat serta hasil kajian seperti cara meningkatkan kualiti sperma, seks halal dan kesihatan serta faedah berkhatan. Baca Artikel Penuh Di Sini: http://al-zuhaily.blogspot.com/ <http://al-zuhaily.blogspot.com/%20> [Non-text portions of this message have been removed]
