Jawatankuasa Fatwa dicadang kaji semula usia matang biri-biri akikah
PDF Cetak
Thu | Feb 16, 06 | 07:09:19 PM
Oleh Wartawan Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Feb (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkaji semula mengenai umur matang binatang ternakan yang dibolehkan bagi menjalani ibadat akikah.
Menteri Besar berkata, syarat umur dua tahun yang ditetapkan dalam kitab-kitab fiqah sebelum ini wajar dikaji semula memandangkan ada binatang ternakan yang boleh mencapai tahap matang lebih cepat.
“Sebelum ini ulama menetapkan syarat sah bagi menjalani ibadat akikah ialah biri-biri atau kambing yang mencapai usia dua tahun. Namun sekarang ada penemuan baru di mana biri-biri kacukan boleh mencapai usia matang dalam tempoh enam bulan.
“Oleh itu saya cadangkan kepada syarikat Modal Jati Bhd yang akan mengusahakan ternakan tersebut mengemukakan isu itu secara bertulis kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengkaji usia matang biri-biri kacukan yang cepat membesar,” katanya pada taklimat sempena lawatan ke projek Modal Jati Bhd (MJB) dekat Lojing, kelmarin.
Sebelum itu, Pengurus Bahagian Perhutanan MJB, Jamil Hamzah memberitahu syarikat itu akan menternak biri-biri jenis dorper iaitu kacukan tempatan dan luar negara yang boleh mencapai usia matang enam bulan. Menurutnya, biri-biri itu boleh mencapai saiz pembesaran seperti seekor lembu.
Perkembangan itu berlaku hasil pencapaian teknologi dalam bidang ternakan sekarang.
MJB diberi kosensi kawasan seluas 11,000 ekar tidak jauh dari Lojing kini mengusahakan tanaman jati seluas 1,000 ekar. Selain itu merancang menanam sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, buah naga, pokok getah dan kelapa sawit.
Dalam bidang ternakan pula pemeliharaan lembu tenusu, biri-biri dorper, burung unta dan rusa. Tanaman pokok jati diusahakan sejak 2001 di kawasan seluas 1,500 ekar. Sehingga kini lebih 337,000 pokok jati dan 250,000 pokok meranti telah ditanam di kawasan berkenaan. Ia melibatkan pelaburan sebanyak RM40 juta.
Pokok jati mencapai usia matang pada tahun ke-18. Namun antara tahun keenam dan kelapan pokok itu boleh ditebang bagi proses penjarangan. Pokok jati yang ditebang itu dijangka memberi pulangan kira-kira RM200 juta.  Hadir sama pada lawatan tersebut Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. 
- /mj 


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke